Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Adik Ini Guna Telefon Ibunya Dan Pesan MCD Yang Kesemuanya Berjumlah RM315!

Adik Ini Guna Telefon Ibunya Dan Pesan MCD Yang Kesemuanya Berjumlah RM315!

Kategori:
Kanak-kanak order MCD

Pada zaman serba moden ini kalau nak apa-apa. Nak makan ke, nak beli barang ke selalunya kita akan membuat pembelian dihujung jari sahaja. Tanpa keluar rumah dan ke kedai. Lebih-lebih lagi sekarang, banyak aplikasi yang membolehkan kita membuat pesanan makanan atas talian dengan mudah sahaja seperti GrabFood dan FoodPanda.

Hal tersebut memang menguntungkan ramai pihak dan banyak kebaikannya. Tetapi dalam masa yang sama masih juga mempunyai keburukannya. Disebabkan aplikasi ini sangat mudah bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pesanan jadi banyak berlaku kerugian dalam kalangan ibu bapa angkara anak-anak kecil mereka membuat pesanan tanpa sengaja.

Anaknya telah membuat pesanan makanan sehingga 400…

Seperti mana kejadian yang berlaku kepada Raissa Andrade dimana dia meninggalkan telefonnya tanpa pengawasan dan anaknya telah membuat pesanan makanan sehingga 400 Real Brazil ( sekitar RM315).

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang mandi sementara anaknya yang bernama Tom mengambil telefonnya dan menggunakan voice request untuk memesan makanan.

Raissa percaya bahawa anaknya belajar melakukan perkara tersebut sendiri apabila sering melihat dia memesan makanan secara atas talian sebelum ini.

6 Happy Meals, 6 makanan promosi, 10 susu…

 

Antara makanan yang dipesan oleh anaknya itu adalah 6 Happy Meals, 6 makanan promosi, 10 susu, 8 McSundaes, 8 botol air dan 8 mainan istimewa. Walaupun begitu, anaknya masih tidak berpuas hati kerana tidak mendapat mainan yang diinginkan dan pihak restoran terlupa untuk menghantar pai epal yang dipesan olehnya.

Raissa Andrade menganggap bahawa kejadian ini adalah sesuatu yang melucukan.

Sumber: Raissa Andrade

tags: | |