Peminat korea mesti tahu snek yang terkenal di Korea ini. Snek ini kebiasaanya sering kali dapat dilihat melalui drama mereka. Ia sangat terkenal dan digemari oleh semua rakyat Korea. Bahan utama tteokbokki iaitu kek beras yang kenyal-kenyal bersama sos gochujang yang pedas memang buat ramai ketagih!
Bunyi pun dah sedap kan, kalau dapat makan ni sepinggan tak cukup. Nak tahu rasa dia sebenarnya macam mana? Jom cuba buat sendiri tteokbokki ini di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Siti Faizah Mohamad Nawi.