Ramai yang gagal dalam dunia bercinta kerana gagal meluangkan masa dan menjaga hati pasangan. Bila bergurau, kita juga perlulah berhati-hati dengan perkara yang disampaikan.
Walaupun sudah biasa bergurau secara kasar, namun setiap kata-kata meninggalkan kesan. Jangan menjadikannya satu kebiasaan kerana kita tidak tahu apa kesannya.
Sebagai contoh, kita boleh ambil sedikit pengajaran dari kisah yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki (identiti dirahsiakan) terhadap pasangannya. Berjumpa di sebuah kedai makan, mereka telah memesan nasi goreng untuk dinikmati bersama.
Setelah pesanan mereka tiba, wanita itu mencapai sebotol sos cili untuk makan bersama nasi goreng tersebut. Namun cuba memicit, ia tidak dapat dikeluarkan. Ingin bermanja, wanita itu mengadu pada lelaki tersebut tapi lain pula jadinya.
Agaknya geram dengan kerenah teman wanitanya yang bukan sahaja suka bermanja tapi juga sering tidak menghabiskan makanannya, dia secara kasarnya membalas “picit la bodoh!” padanya.
Perkara itu jelas guraun di antara pasangan tersebut dan tiada niat untuk mengasari satu sama lain bagaimanapun reaksi orang ramai di ruangan komen lain pula.
Tidak terhibur dengan hal tersebut, ramai yang terkilan dan berasakan bahawa kata ‘bodoh’ yang digunakan adalah sangat kasar dan tidak patut ditujukan pada teman wanitanya.
Nak gurau kasar dengan teman wanita itu tidaklah salah tapi pastikan anda tidak menyinggung perasaannya kerana perkara itu boleh mencetuskan pergaduhan dan akhirnya menjejaskan hubungan.
Tapi jika pasangan anda tidak kisah dan mudah terasa, janganlah pula merekodkan perkara itu kerana ia membuat orang ramai bersangka buruk terhadap anda.
Baca Juga: RM23 Harga 2 Biji Burger Tepi Jalan, Wanita Ini Sampai Tanya 3 Kali Untuk Kepastian Peniaga