Seperti kita tahu bahawa, di McDonalds banyak makanan yang baru selepas pengenalan kepada McCafe. Dimana ia terdapat pelbagai air coffee yang sedap-sedap belaka.
Tapi tahu kah anda, bahawa tak semua orang tahu tentang hack menu McDonalds. Kerana anda boleh saya ‘custom’ makanan anda menjadi lebih enak!
2 hari lepas tular di media sosial TikTok, gadis yang bernama emymahadi, berkongsi video beliau yang sedang membuat pesanan di mesin McDonalds. Gadis ini membuat ‘custom order’ dengan mencampur Sundae Chocolate dengan Iced Latte.
Warganet amat teruja kerana mereka sebelum ini tidak pernah terfikir untuk inovasi tersebut dan hasilnya sangat sedap. Gadis ini kongsikan cara untuk membuat pesanan tersebut hanya menggunakan mesin McDonalds sahaja.
Caranya mudah sahaja, dimana hanya perlu pilih sahaja menu yang anda mahu. Contoh, set Ayam Goreng McDonalds bersama ‘meal’, set burger atau apa-apa sahaja menu asalkan pilih bersama ‘meal’.
Kemudian, anda perlu tukarkan atau korbankan kentang goreng McDonalds dengan Sundae Chocolate jikalau anda ingin berjimat. Atau anda boleh sahaja beli secara berasingan Sundae Chocolate tersebut.
Air pula anda dikehendaki untuk tukarkan juga kepada Iced Latte supaya kita dapat buat kombinasi menu yang kita inginkan.
Kemudian selesai pesanan, anda boleh bayar di Mesin Pesanan tersebut menggunakan debit card atau bayar di kaunter McDonalds.
Selepas pesanan telah sampai, boleh lah anda letakkan Sundae Chocolate tersebut ke dalam Iced Latte dan rasanya lain dari yang lain.
@emymahadi jangan fyp.
@emymahadijangan fyp.♬ Unholy – Sam Smith & Kim Petras
Meninjau di ruangan komen semestinya warganet teruja dan mereka ingin cuba sendiri di McDonalds untuk merasainya sendiri.
“Ya Allah kena pergi cuba ni.” komen Emma Ikhmal yang terasa ingin cuba menu ini.
Jangan risau, anda boleh sahaja hack menu McDonalds ini. McDonalds tidak akan kenakan apa-apa tindakan malah mungkin gadis ini dapat memberi inspirasi baru kepada pihak McDonalds untuk buat resepi baharu.
Selamat Mencuba!
Kredit: emymahadi