Pasti korang semua sudah mengenali yang popular dengan sikap romantisnya ini. Hafiz Mahamad merupakan usahawan berjaya yang mana sering menjadi inspirasi buat peminat-peminatnya di luar sana.
Baru-baru ini suami kepada Syafiqah Aina ini membuatkan warganet tersentuh apabila beliau memuat naik satu video ke dalam akaun Instagram miliknya. Video tersebut berkisahkan tentang beliau menghulurkan wang kepada abang-abang FoodPanda selepas bertanyakan kepada mereka adakah sudah makan atau belum.
Menurutnya, sebelum kejadian tersebut beliau hanya keluar makan bersama isteri lalu ternampak abang-abang FoodPanda sedang berteduh di bawah pokok. Lalu beliau mendekati abang FoodPanda tersebut dan menghulurkan wang supaya mereka boleh makan makanan yang sedap.
Apa yang membuatkan Hafiz Mahamad rasa bersyukur adalah apabila abang-abang FoodPanda menghantar pesanan mesej yang mana mereka sedang menikmati makan sedap.
Rata-rata warganet memuji sikap baik beliau dan mendoakan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Hafiz Mahamad