Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hairan Jumlah Udang Yang Dimasak Tidak Sama Dengan Yang Ditimbang, Warganet Pula Berang

Hairan Jumlah Udang Yang Dimasak Tidak Sama Dengan Yang Ditimbang, Warganet Pula Berang

Kategori:
JUMLAH-UDANG-T

Dunia perniagaan ini tidak mudah. Bukan sahaja berisiko untuk mengalami kerugian, malah untuk memuaskan hati pelanggan ini tidak senang. Kadang-kadang peniaga juga tidak terlepas dari kesilapan, mudah lupa dan tersalah langkah jadi dari sudut pandangan lain, pelanggan tidak sepatutnya cepat menghukum.

Namun begitu, kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan. Jadi peniaga perlu lah berhati-hati dalam urusan jual beli. Sedikit kesalahan dari pihak peniaga pun boleh buat pelanggan tersinggung dan mengadu mengenainya.

Jumlah Udang Yang Dimasak Tidak Sama Dengan Yang Ditimbang

Di laman TikTok, seorang pengguna, yanaismail, telah ke sebuah kedai makan untuk menikmati beberapa hidangan di sana. Namun begitu, keseronokkannya bertukar hairan apabila jumlah udang yang dimasak tidak sama dengan yang ditimbang.

Menurutnya, jumlah udang yang ditimbang adalah 8 ekor namun begitu, bila sudah siap dimasak dan dihantar padanya, jumlahnya cuma 6 ekor. Mempunyai bukti jumlah yang ditimbang melalui Stories di media sosial, wanita itu tampil dan menyelesaikannya dengan peniaga itu.

@yanaismaillsotong n lala x dpt nak kira 😂♬ original sound – Ikmal Alif

Jangan Lalai Masa Meniaga

Melihat di ruangan komen, warganet berasa berang dengan sikap sesetengah peniaga yang meniaga secara tidak jujur. Sepatutnya mereka lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara sebegini dari berulang. JUMLAH-UDANG-T

Buat Sendiri Kalau Begitu

Namun, ada juga yang mempertahankan pihak peniaga. Tak lari dari kesilapan, mereka berasakan bahawa pelanggan sepatutnya lebih memahami. Jika ingin sempurna segalanya, lebih elok masak sendiri di rumah. JUMLAH-UDANG-T

Sebagai seorang peniaga, sebaiknya kita berhati-hati dan lebih teliti, lebih-lebih lagi bila berurusan dengan pelanggan. Namun begitu, pelanggan juga tidak seharusnya cepat menghukum peniaga dan memahami kesilapan mereka. Kadang-kadang ada kesalahan yang tidak disengajakan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kedua-dua pihak.

Kredit: TikTok yanaismail

Baca Juga: Elok Lapar Terus Jadi Sakit Hati, Wanita Ini Memohon Pada Para Peniaga Untuk Lebih Ikhlas

tags: