Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Dulu Arwah Suami Selalu Bawa Dia..”, Hampir 3 Tahun Hajat Anak Nak Makan KFC, Ibu Sebak Akhirnya Impian Tertunai

“Dulu Arwah Suami Selalu Bawa Dia..”, Hampir 3 Tahun Hajat Anak Nak Makan KFC, Ibu Sebak Akhirnya Impian Tertunai

Kategori:
anak makan KFC

Hidup adalah suatu perjalanan yang janggal dan penuh dengan kejutan-kejutan. Setiap orang mempunyai kisah jalan hidup yang berbeza. Tetapi, segala ketentuan yang ditentukan oleh Tuhan adalah perkara yang terbaik untuk kita. Ada masa kita di bawah, dan ada masa kita di atas.

Seperti kisah kehidupan yang dikongsikan oleh portal Harian Metro, seorang ibu sebak melihat impian dan hajat anak tunggalnya yang ingin menikmati ayam goreng kesukaanya (KFC) tercapai sejak sekian lama.

“Dulu Arwah Suami Selalu Bawa Dia..”, Hampir 3 Tahun Hajat Anak Nak Makan KFC, Ibu Sebak Akhirnya Impian Tertunai

anak makan KFC

“Lega rasanya apabila hajat anak sejak sekian lama untuk makan ayam goreng kesukaannya (KFC) sejak sekian lama akhirnya tercapai.

“Sebagai ibu, tersentuh hati apabila melihat reaksinya yang menikmati hidangan dipesan dengan bersungguh-sungguh,” ujar asnaf, Azlina Abdullah.

Azlina, 42, berkata, hampir tiga tahun, anak tunggalnya Muhammad Amirul Aiman Abd Rasid, 11, meluahkan hasrat tersebut. Ia supaya membawanya ke restoran makanan segera itu kerana ingin menikmati ayam goreng.

anak makan KFC

“Bukan tidak mahu tunaikan permintaannya itu tetapi saya tidak berkemampuan, duit yang ada cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.

“Boleh dikatakan, kerap juga dia memberitahu teringin untuk makan ayam KFC, tetapi saya minta supaya bersabar, kalau ada rezeki lebih nanti saya belikan,” katanya sambil terharu dapat melihat anak makan KFC.

Bukan Taknak Tunaikan Hajat Anak Makan KFC, Duit Hanya Cukup Untuk Perbelanjaan Harian Sahaja

anak makan KFC

Azlina dan anaknya itu ditemui selepas Program Wayang Sekampung Merlimau yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, di sini, baru-baru ini.

Menurut ibu tunggal itu, semasa arwah bapa Muhammad Amirul Aiman ada, suaminya agak kerap membawa anak mereka ke restoran makanan segera terbabit.

“Selepas kematian suami dan saya tidak lagi dapat bekerja akibat kemalangan, jadi kami hanya bergantung kepada pencen arwah untuk meneruskan kehidupan.

“Jadi apabila YB mengajak kami bersama-sama untuk menonton wayang dan belanja makan, syukur yang tidak terhingga. Sekurang-kurangnya, cuti sekolah kali ini, ada sesuatu yang bermakna untuk anak,” katanya terharu melihat anak makan KFC.

Sementara itu, Muhamad Akmal berkata, pada program itu, asnaf termasuk anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau terpilih untuk menyaksikan filem animasi, Mechamato.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Peniaga Nasi Lemak Baru Buka Kedai Jualan, Ada Orang Datang Terus Campak Semua Makanan. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali..

tags: | |