Buat baik antara satu sama lain adalah perkara atau kelakuan yang sangat mulia. Bukan sahaja disukai oleh orang sekeliling kita malah Allah SWT juga menyukai orang yang melakukan kebaikan dan menyebarkan kebaikan. Dan sikap seperti inilah yang perlu ada dalam masyarakat Malaysia hari ini. Tetaplah bersikap baik dan hormat menghormati antara satu sama lain tidak kira agama, kaum atau bangsa.
Terbaharu, seorang influencer yang dikenali dengan Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar ada berkongsi kejadian yang positif ketika dia membuat pembelian di Starbucks melalui drive thru.
Pemuda yang berumur 22 tahun ini kemudian berkongsi satu video pendek yang memaparkan kejadian yang berlaku dimana dia hanya bertindak memesan segelas air kosong daripada pelayan yang bertugas ketika itu.
Tengah hari macam ini haus jadi saya ke Starbucks tetapi hanya pesan ais kosong sahaja… sebak dan sayu kerana dulu saya pernah bekerja sebagai khidmat pelanggan
Sungguh dia tidak sangka apabila layanan yang diberikan sangat baik walaupun pada ketika itu ramai pelanggan. Pelayan terbabit siap offer nak hantar air kosong tu ke kereta dia sebab barisan masih panjang. Bagaimanapun, Qush menolak tawaran itu dan bersabar menunggu sehingga gilirannya tiba di kaunter bayaran.
https://www.instagram.com/p/CK6SGABJNMC/?utm_source=ig_web_copy_link
Bahkan apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila Qush bertanya, berapa jumlah air kosong tersebut, pelayan tadi memberitahu ‘tak apa dia belanja’. Pada ketika itu, Qush berkata dia rasa sebak sangat walaupun dia mengukir senyuman. Sebak apabila pelayan tadi sanggup layan pelanggan yang nak beli air kosong dengan baik walau tengah sibuk. Dia kemudiannya hulurkan tip pada pelayan tadi.
“Reaksi dia pun biasa sahaja. Tak ada pun nak marah, buat muka dan sebagainya. Layan mesra sahaja,” katanya.
Menurut Qush lagi, walaupun pada mulanya barista lelaki tersebut menolak menerima tip, tetapi setelah dipujuk dia akhirnya menerima pemberiannya dan mengucapkan terima kasih.
“Saya buat rakaman ni bukannya sebab nak tunjuk baik dan nak viral. Saya nak ramai orang faham dan jangan ambil kesempatan dengan istilah ‘customer always right’.
“Faham kerja mereka ni. Bukan mudah nak layan semua kehendak pelanggan dalam satu masa. Jadi hargailah mereka, ” katanya.
@thequshayry Tengah Hari macam ni haus, then ke starbuck order Ice Water sahaja 🥵 sebak & sayu je sbb dulu saya pernah jaga cust service..##fyp ##foryoupage ##foryou
https://www.tiktok.com/@thequshayry/video/6923776798006299906?sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Sumber: thequshayry