Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Harga Roti Putih Tak Naik..”, 30 Produk Gardenia Lain Naik Antara 10 & 40 Sen Mulai 1 Oktober Ini

“Harga Roti Putih Tak Naik..”, 30 Produk Gardenia Lain Naik Antara 10 & 40 Sen Mulai 1 Oktober Ini

Kategori:
Produk Gardenia

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.

“Harga Roti Putih Tak Naik..”, 30 Produk Gardenia Lain Naik Antara 10 & 40 Sen Mulai 1 Oktober Ini
Produk Gardenia

Antara produk yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan kari ayam, Quick Bites Butter Tofee dan red beans, Quick Bited Cream Rolls, Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.

Produk-produk tersebut akan menyaksikan peningkatan antara 10 dan 40 sen.

“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini.Produk Gardenia

“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal (tidak mengalami kenaikan harga) untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Harga Roti Putih & Roti Toast Tidak Mengalami Kenaikan HargaProduk Gardenia

Sebelum ini, pada 1 September tahun lalu, enam produknya dijual dengan harga baharu yang mana ia membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen.

Perubahan harga itu membabitkan produk Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10.

tags: | |