Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Merungut Harga Air Kopi Naik, Ini Pula Respon Peniaga Yang Buat Orang Lain Bersimpati

Pelanggan Merungut Harga Air Kopi Naik, Ini Pula Respon Peniaga Yang Buat Orang Lain Bersimpati

Kategori:
HARGA AIR KOPI

Ramai diantara kita yang telah memilih untuk memulakan perniagaan setelah kehilangan perkerjaan ekoran kesan pandemik wabak Covid-19. Demi meneruskan kehidupan dan mencari rezeki halal buat keluarga, ada yang meniaga secara kecil-kecilan.

Meskipun untung kecil, sedikit sebanyak dapat membantu keluarga. Namun, setiap perniagaan ada cabarannya. Tak semuanya seindah rupa, malah peniaga kadang-kadang sudah hilang akal, tak tahu bagaimana lagi nak memajukan perniagaan sambil memuaskan hati para pelanggan.

Harga Air Kopi Naik, Pelanggan Merungut

Di laman TikTok, seorang pengguna, amir_uwais, memuat naik sebuah video pendek, berkongsi rasa kekecewaannya apabila beberapa pelanggan datang merungut soal harga air kopi yang dijual olehnya.

Jika sebelum ini harga air kopi yang dijual olehnya adalah berharga RM 3, kini dia terpaksa menaikkan harganya kepada RM 4. Kecewa dengan rungutan pelanggan, lelaki itu bagaimanapun memohon pada mereka semua agar memahami situasinya sebagai peniaga, memandangkan harga barang sudah naik. Tambahnya, dia turut merayu pada Muslim komuniti untuk menyokong perniagaan air kopinya.

@amir_uwaishati menangis x ada yg nmpk ##fypシ ##foryou ##fyp

♬ Do’aku – Haddad Alwi

Jangan Pernah Berputus Asa

Bersimpati dengan luahan lelaki itu, warganet turut tampil memberi semangat dan doa buatnya agar terus kuat dalam mencari rezeki yang halal. HARGA AIR KOPI

Murah Dan Sedap

Malah ada yang mengatakan harga yang dikenakan adalah jauh lebih murah dan yang pernah mencubanya juga mengatakan rasa air kopi dari gerai kecilnya juga sangat enak. HARGA AIR KOPI

Bersabarlah wahai peniaga. Nak mencari rezeki yang halal itu tidak mudah, semestinya pelbagai cabaran yang datang, rungutan dari pelanggan pun tak ada kurangnya. Yang penting jadikan ini sebagai pencetus semangat untuk teruskan usaha untuk meneruskan hidup.

Kredit: TikTok amir_uwais

Baca Juga: “Hati-Hati Bila Memilih Tempat Makan..” Kecoh Pelanggan Mengamuk Di Kedai Mamak, Semuanya Gara-Gara..

 

tags: