Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Sanggup Beratur Untuk Beli Kuih Titisan Hujan, Harga Kuih Tersebut Dipersoalkan Oleh Netizen

Ramai Sanggup Beratur Untuk Beli Kuih Titisan Hujan, Harga Kuih Tersebut Dipersoalkan Oleh Netizen

Kategori:
KUIH TITISAN HUJAN

Akhir-akhir ini, kuih titisan hujan mendapat perhatian orang ramai semenjak ia mula viral di laman TikTok. Terpegun dengan rupa kuih tersebut yang lembut, gebu dan jernih, seakan tititisan hujan, ramai yang ingin mencubanya.

Walaupun resepinya ringkas sahaja untuk disediakan, ada juga yang lebih gemar membelinya dari peniaga-peniaga kecil. Malah, sudah ramai yang mampu mencari rezeki dengan menjual kuih titisan hujan secara kecil-kecilan. Selalunya kuih itu boleh didapati dengan harga RM 8 dan dihidang bersama kacang soya yang telah dipanggang dan sedikit air gula Melaka.

Ramai Yang Sanggup Beratur Demi Mendapatkan Kuih Titisan Hujan

Tidak dinafikan populariti kuih ini masih lagi hangat. Mula muncul di Jepun pada tahun 2014, kuih ini kini menarik perhatian warga Malaysia semenjak ia kembali viral di laman TikTok.

Seperti dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naik oleh lyndarizz_berry, baru-baru ini, ramai di antara kita yang sanggup beratur dan menunggu demi mendapatkan kuih tersebut. Walaupun berada di bawah matahari yang terik dan tidak berpenghawa dingin, orang ramai sanggup menghadapi perkara itu demi merasai kuih titisan hujan.

https://www.tiktok.com/@lyndarizz_berry/video/7051588439933717786?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@lyndarizz_berry bekas sampan mana.? x aci la huhu.. #fyp #viral #hujandimalamminggu ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎

Netizen Pula Mempersoalkan Harga Kuih Itu

Namun, bila menjengah di ruangan komen, ramai yang terkedu dengan harga kuih itu. Dengan harga RM 8, ada juga yang berasa harga yang dikenakan amatlah tidak berbaloi oleh kerana bahan-bahan yang digunakan adalah ringkas dan langkah penyediaannya terlalu mudah jika ingin dibandingkan dengan kuih-kuih lain. KUIH TITISAN HUJAN

Walaupun sedikit mahal, harga yang dikenakan amatlah berbaloi, lebih-lebih lagi bila mengambil kira kos-kos lain yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga. Jika sekadar ingin merasainya, boleh lah membelinya. Namun, bagi penggemar kuih itu, bolehlah cuba menyediakannya sendiri di dapur.

Kredit: TikTok lyndarizz_berry

Baca Juga: Gadis Selamba Makan Ayam Mentah Buat Warganet Terkejut & Berasa Loya

tags: |