Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen ‘Bising’ Harga Martabak Mencanak Naik? Menteri Tampil Bagi Penjelasan. Ini Sebabnya…

Netizen ‘Bising’ Harga Martabak Mencanak Naik? Menteri Tampil Bagi Penjelasan. Ini Sebabnya…

Kategori:
harga martabak

Bulan Ramadan dan hidangan martabak sememangnya tidak boleh dipisahkan. Menjadi antara hidangan yang mendapat sambutan ramai, martabak biasanya diberi pilihan untuk dicicah dengan dua jenis kuah – kuah kari atau sirap bawang.

Selain itu, harga yang dikenakan juga sudah sedikit tinggi berbanding dahulu. Hal itu menjadi kegusaran dan perbincangan ramai apabila perkara sedemikian terjadi. harga martabak

Menurut orang ramai, jika dahulu sekeping martabak berharga kurang RM5, kini ada peniaga yang menjual menghampiri RM10 sekeping.

Netizen ‘Bising’ Harga Martabak Mencanak Naik? Menteri Tampil Bagi Penjelasan. Ini Sebabnya…

Lantaran itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan isu kenaikan harga martabak ketika ini disebabkan kos pengimportan.

Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, maklumat tersebut diterima hasil daripada pemantauan di lapangan yang dijalankan oleh pasukan penguatkuasaannya setiap hari.

Katanya, selain bawang India, harga daging import juga naik. Ini memberikan kesan tekanan rantaian secara tidak langsung kepada penjual martabak menyebabkan harga martabak naik.harga martabak

Bawang, Daging Import Mahal

“Berhubung isu tular mengenai martabak naik harga, ia memang disebabkan oleh faktor harga bawang besar dari India diimport ada kenaikan ketara.harga martabak

“Kami faham margin keuntungan mereka jatuh namun KPDN dimaklumkan bahawa ada yang terus kekal harga meskipun laba (keuntungan) diperoleh tidak banyak seperti dahulu,” kepada pemberita selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2024 di Presint 14 pada 14 Mac lalu.

Dalam pada itu, Ops Pantau yang bermula Selasa lepas, pihaknya telah memeriksa 3,099 premis dengan 126 aduan diterima dan 11 kes telah dibuka.

Sumber: Kosmo, Berita Harian

Baca juga: Ini 50 Senarai Minyak PETRONAS & 5 Bazar Ramadan Yang Terima Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

tags: | |