Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Dulu Jual RM1.90, Sekarang RM3..”, Peniaga Naikkan Harga Nasi Ayam Tapi Masih Murah, Netizen Terkejut Dengan Harganya

“Dulu Jual RM1.90, Sekarang RM3..”, Peniaga Naikkan Harga Nasi Ayam Tapi Masih Murah, Netizen Terkejut Dengan Harganya

Kategori:

Dalam berniaga, rezeki datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Seperti kisah seorang peniaga yang menjual hidangan Nasi Ayam dengan murah, rezekinya pun turut murah.

“Dulu Jual RM1.90, Sekarang RM3..”, Peniaga Naikkan Harga Nasi Ayam Tapi Masih Murah, Netizen Terkejut Dengan Harganya

Setelah 20 tahun meniaga dengan harga berkenaan, peniaga Nasi Ayam di Daerah Besut atau diberi nama Suhaidasuu ini terpaksa naikkan harga nasi ayam kepada RM3. Sebelum ini, mereka menjual nasi ayam dengan harga RM1.90 sahaja. Namun, kerana kemelesetan ekonomi mereka terpaksa naikkan harga.

Tapi, ada juga warga setempat yang berada di kawasan terbabit mengatakan ianya mahal.

Harga Nasi Ayam

Beliau mengatakan, sudah hampir 20 tahun mereka berniaga Nasi Ayam dengan harga RM1.90 sahaja. Tapi, dengan ini mereka naikkan harga RM3.

Warga netizen yang berasal dari negeri lain mengatakan, harga ini sangat berpatutan dan tak jumpa lagi nasi ayam dengan harga RM3.

Harga Nasi Ayam

Jika dilihat di dalam video ini, ayam pahanya besar dan macam tidak logik pula letak harga murah sebegitu. Jadi, cubalah harga peniaga ini yang cuba untuk membantu golongan-golongan yang ingin makan di kedai.

Susah nak jumpa dengan harga seperti ini.

@suhaidasuu Cri samah seriya utk hidup bukan utk kaya ☺️ #NasiAyamKualabesut #jertehbesut #terengganu #besut #kelantan #fyp #fypシ ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official

Murah Sangat RM3, Disini Nasi Ayam RM7

Meninjau di ruangan komen, warga netizen sentiasa memberi sokongan kepada Kedai Nasi Ayam di Kuala Besut ini untuk sentiasa kekalkan harga murah ini.

Harga Nasi Ayam Harga Nasi Ayam Harga Nasi Ayam Harga Nasi Ayam

Semoga Allah limpahkan rezeki peniaga Nasi Ayam Kuala Besut ini dan dimudahkan segala urusan kedai ini di dalam segala hal.

Jika ada yang ingin berkunjung ke kedai ini, anda boleh waze ke Kedai Nasi Ayam RM1.90 yang berada di Pachakan Kuala Besut.

Kedai buka setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula jam 11:00 Pagi hingga 9:00 Malam.

Kredit: Suhaidasuu

Baca Juga: Bosan Dengan Nasi Ayam Malaysia? Jom Cuba Masak Nasi Ayam Negara Lain. Ini Resepi Nasi Ayam Singapura Sedap Patut Anda Cuba!

tags: | |