Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Je Ke Terlalu Miskin?”, Pisang Goreng Kecil Tapi Harga Kayangan, Wanita Ini Kesal Harga Tak Berbaloi Dengan Saiz

“Saya Je Ke Terlalu Miskin?”, Pisang Goreng Kecil Tapi Harga Kayangan, Wanita Ini Kesal Harga Tak Berbaloi Dengan Saiz

Kategori:
harga pisang goreng

Hari demi hari, harga barang terasa semakin mahal dan meningkat. Tidak pasti peniaga yang mengambil untung lebih ataupun sememangnya harga yang dijual sudah bertepatan, tetapi ada peniaga yang sememangnya mengaut untung yang berlipat kali ganda.

“Saya Je Ke Terlalu Miskin?”, Pisang Goreng Kecil Tapi Harga Kayangan, Wanita Ini Kesal Harga Tak Berbaloi Dengan Saiz

harga pisang goreng

Seperti perkongsian di TikTok yang tular baru-baru ini, seorang pelanggan wanita mengadu dan mengeluh serta mempersoalkan harga pisang goreng yang dibeli olehnya. Menurutnya, harga yang diletak peniaga sememangnya mahal jika dibandingkan dengan saiz yang terlalu kecil.

Peniaga telah menjual pisang goreng yang bersaiz seperti gambar di bawah dengan harga RM1 2 keping. Pelanggan wanita itu juga menyatakan mungkin dia bukanlah target market penjual ataupun sememangnya harga sedemikian adalah mahal.

“Pisang goreng T20. I tak tahulah, I je ke yang terlalu miskin, tapi I rasa macam pisang goreng RM2 seringgit ni dia rasa macam mahal lah. Ni haa besar nih,” katanya sambil menunjukkan saiz pisang goreng kepada warganet melalui video TikToknya.

Harga Pisang Goreng RM1 Untuk 2 Keping Saiz Kecil

harga pisang goreng

@minkotminkot

Bukan mahal, tapi sis yg takde duit wkwkwkwkwk

♬ original sound – MIN, kot? – Minkot

@minkotminkotBukan mahal, tapi sis yg takde duit wkwkwkwkwk♬ original sound – MIN, kot?

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut memberi pendapat bahawa harga pisang goreng yang dijual jika dibandingkan dengan saiz pisang goreng tersebut sememangnya mahal.

“Bukan isu tak ada duit. Tapi memang mahal,” komen Chef Bon dalam ruangan komen perihal harga pisang goreng tersebut.

“Dia guna minyak zaitun. Tepung zaitun. Kuali zaitun, senduk zaitun,” tulis netizen sinis tentang harga pisang goreng berkenaan.

Bukan Isu Tak Ada Duit, Tapi Memang Mahal – Netizen

harga pisang goreng

Bagi korang? Harga pisang goreng dengan saiz begitu berbaloi atau mahal seperti harga kayangan? Mungkin kita boleh dapat pendapat dari peniaga pula macam mana.

Sumber: Minkot

Baca juga: “Baru Tahu Ada Sotong Tak Boleh Makan”, Lelaki Ini Terselamat Dari Maut Bila Muat Naik Gambar Hidangan, Dapat Nasihat Dari Warganet Sebelum Makan

tags: | |