Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Berang Terima Bil 210 Ribu Ringgit, Harga Restoran Salt Bae Sekali Lagi Dikritik.

Pelanggan Berang Terima Bil 210 Ribu Ringgit, Harga Restoran Salt Bae Sekali Lagi Dikritik.

Kategori:
nusret

Semenjak menjadi sebuah meme di internet, Nusret Gokce atau Salt Bae menjadi perhatian orang ramai. Rata-rata orang ramai dari serata dunia ingin merebut peluang untuk ke salah sebuah restorannya yang bertaraf dunia iaitu Nusr-Et.

Restoran ternama seperti Nusr-Ert itu sudah tentu mempunyai harga yang mahal. Tak semua individu bernasib baik dan berkemampuan untuk menikmati suasana dan makanan di restoran tersebut.

nusret

Namun, semenjak akhir-akhir ini, pelbagai individu telah tampil untuk berkongsi rasa tidak puas hati apabila menerima bil dari restoran Nusret Gocke. Dengan harga yang lebih mahal berbanding restoran mewah yang lain, mereka berasakan harga yang dikenakan sangat tidak berbaloi.

Terima Bil Berharga 210 Ribu Ringgit Lebih, Warganet Berang.

Kisah tersebut pada asalnya tular selepas seorang penggunan Reddit berkongsi bil yang terlalu mahal iait £37,023 atau bersamaan RM210,000 lebih.

nusret

Jika diperhatikan pada resit itu, pelanggan tersebut telah menempah stik golden tomahawk yang berharga £850 pound (RM4,841), 16 ketul baklava berharga £400 (RM2,279) dan tiga pinggan kentang goreng berharga £30 (RM171). Dia turut menempah beberapa hidangan sayuran bernilai £12 – 18.

Alkohol Menjadi Sebab Bil Terlalu Mahal.

Namun, di ruangan komen Twitter Manchester News MEN, yang turut berkongsi mengenai isu tersebut, ada warganet yang mengatakan bahawa harga yang tinggi adalah kerana beberapa alkohol yang telah dipesan.  Ini kerana restoran akan mengenakan harga yang lebih tinggi buat alkohol.

nusret

Pergi Restoran Mewah Tapi Berang Tentang Harga?

Terdapat beberapa warganet yang berasa keliru dengan aduan yang telah dibuat oleh pelanggan tersebut. Tambah mereka, seharusnya mereka sudah bersedia untuk menerima caj sebegitu jika ke sebuah restoran mewah.

nusret

Bila anda ingin memasang niat untuk ke restoran Nusret Gocke, perlu berhati-hati. Pastikan anda bersedia dan baca setiap harga hidangan dengan teliti supaya tidak menerima kejutan bila terima bil kayangan.

Kredit: Twitter Manchester News MEN

Baca Juga: “Dia Bukaknya Mata Orang Tu…” Gelagat Khaby Lame Dan Chef Burak Yang Menghiburkan Di TikTok Cuit Perhatian Orang Ramai

tags: |