
Semalam, tular satu hantaran yang menyatakan bahawa harga telur telah turun dengan mendadak.
Rata-rata respon memberi reaksi terkejut kerana telur telah turun harga sehingga RM5.99 dari RM11.40 bagi sepapan telur.
Mengikut laporan berita, antara faktor utama adalah harga makanan ayam distabilkan dan kerajaan telah memberi subsidi kepada penternak ayam.
Hantaran yang telah dibuat di laman X oleh @guttapercha80 itu menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang pengalamannya melihat harga telur di pasar raya.
Selain itu, ada juga hantaran yang menyatakan pengalaman bahawa di Lotus juga menawarkan harga yang sama.
Pengguna X lain dengan nama Ooi Beng Cheang juga memuji usaha menurunkan harga telur di pasaran.