Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terima Kasih Hidup Susah & Senang..” Hargai Isteri, Lelaki Ini Buat Kejutan Istimewa Buatnya. Sampai Terkedu & Hanya Mampu Tersenyum

“Terima Kasih Hidup Susah & Senang..” Hargai Isteri, Lelaki Ini Buat Kejutan Istimewa Buatnya. Sampai Terkedu & Hanya Mampu Tersenyum

Kategori:
KEJUTAN B

Sebagai seorang pasangan yang baik dan penyayang, pastinya kita tahu penat lelah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan kita untuk sama-sama membina sebuah mahligai yang bahagia. Tak mudah dan penuh dengan cabaran, kita patut lebih menghargai pasangan masing-masing sebelum kehilangan.

Kadang-kadang mereka tidak meminta, cukup sekadar meluangkan waktu bersama. Namun apa salahnya jika kita memberi sedikit tanda penghargaan dan kejutan buat mereka? Perkara itu pasti akan menggembirakan hati si dia.

Buat Kejutan Istimewa Untuk Isteri Sebagai Tanda Penghargaan

Di laman TikTok, seorang pengguna, joe_joe_86, memuat naik sebuah video dan berkongsi detik manis bersama keluarga di restoran Secret Recipe baru-baru ini.

Ingin menghargai penat lelah isterinya dalam mengharungi cabaran rumah tangga bersama, lelaki itu memutuskan untuk melakukan sebuah kejutan istimewa buatnya.

Meminta pekerja di restoran itu untuk bantu menghantarkan hadiah gelang pada isterinya ketika mereka makan, dia terkedu menerima kejutan sebegitu. Hanya mampu tersenyum, isterinya tampak gembira!

@joe_joe_86

trima ksih sudi hdup susah dan snang,,,

♬ Play Date – Melanie Martinez

@joe_joe_86trima ksih sudi hdup susah dan snang,,,♬ Play Date – Melanie Martinez

Nampak Tak Sweet Tapi Rupanya

Menjengah di ruangan komen, warganet jelas terharu melihat perkara tersebut. Kadang-kadang ada juga sesetengah lelaki yang tampak tenang dan tidak menunjukkan emosi di luaran tapi hatinya sangat lembut dan pandai menghargai pasangan. KEJUTAN B

Bertuahnya Si Isteri

Malah, ada yang berasa cemburu bila melihat perkara tersebut. Setiap orang pasti inginkan pasangan yang tahu menghargai. KEJUTAN B

Untungnya si isteri bila mendapat suami seperti ini. Biar lah dihadapan orang lain dia tampak tidak penyayang, cukup kita sahaja yang tahu. Semoga kita semua juga tahu menghargai pasagan masing-masing.

Jika tak mampu memberikan apa-apa, ambil lah sedikit waktu untuk meluangkan masa bersama. Perkara itu pasti akan membuat mereka tersenyum sepangjang hari.

Kredit: TikTok joe_joe_86

Baca Juga: “Untunglah Ada Bini..” Makan Bekal Yang Dimasak Isteri, Kawan Dekat Sebelah Pula Yang Tergugat

tags: