Untuk sarapan, selalunya rakyat Malaysia suka menikmati nasi lemak. Tak pun roti canai. Tapi apa salahnya kita mengubah selera dan mencuba satu resepi yang sangat ringkas dan mudah iaitu Chicken Fajitas.
Kalau anda nak tahu, Fajitas ini sama juga macam Sharwarma yang sudah terkenal di Malaysia tapi Fajitas ini asalnya dari Mexico, jadi tak pelik lah kalau anda tak berapa kenali.
Jom baca perkongsian resepi chicken fajitas dari seorang pengguna Facebook. Sangat ringkas saja.
Resepi Chicken Fajitas
Bahan-Bahan
- Isi dada ayam
- 1 biji bawang Holland
- 1/2 biji capsicum merah
- 1/2 biji capsicum hijau
- 3 potong labu manis
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Serbuk kari
- Roti tortilla
- Minyak
Cara Penyediaan
- Kukuskan labu. Apabila sudah lembut, masukkan dalam bekas dan lenyekkan. Tambah secubit garam untuk bagi rasa lemak-lemak.
- Perasakan isi dada ayam dengan serbuk lada hitam, kari, dan garam secukupnya.
- Panaskan minyak dalam kuali non stick (boleh beli dekat sini). Letakkan minyak. Masakkan isi dada ayam selama 10 minit. Balik-balikkan selalu untuk pastikan ayam betul-betul masak.
- Bila ayam sudah masak dengan sempurna, ketepikan dan biarkan sejuk. Minyak lebihan dalam kuali boleh digunakan untuk saute sayur-sayuran pula.
- Masukan sayuran (capsicum dan bawang) dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Saute jangan lama-lama sebab kita nak rasa manis dan kerangupan capsicum.
- Hiriskan isi ayam yang telah dimasak tadi.
- Sekarang bahan fajitas dah siap, terpulang pada anda jika nak panaskan tortilla dulu atau nak panaskan bila dah siap gulung.
- Masa untuk susun bahan-bahan. Mula-mula sekali ratakan puri labu. Selain daripada pelengkap fajitas, labu ini juga berfungsi sebagai pelekat fajitas. Bila dah gulung nanti, takde terbuka.
- Letakkan isi ayam, sayuran. Kemudian gulung. Dah siap. Kalau nak lebih sedap, boleh makan dengan sour cream.
Bahan-Bahan yang sangat ringkas, korang boleh lah cuba nanti tau. Mana lah tahu dah bosan ke dengan nasi lemak. Chicken Fajitas yang sangat enak.
Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi ini.
Kredit: Lina Amalina Noorhan
Baca Juga: Resepi Sup Ketam Nipah Yang Mudah, Rasanya Berganda Lebih Sedap Dari Ketam Biasa. Manis Semulajadi!