Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nampak Seperti Satay Tapi Rupanya Kek, Hasil Gadis Ini Dalam Rancangan Junior Bake Off Kagumkan Juri Antarabangsa

Nampak Seperti Satay Tapi Rupanya Kek, Hasil Gadis Ini Dalam Rancangan Junior Bake Off Kagumkan Juri Antarabangsa

Kategori:
JUNIOR BAKE OFF

Rancangan Junior Bake Off dari United Kingdom telah memaparkan pelbagai bakat muda dalam dunia pastri. Mula ditayangkan pada tahun 2011, rancangan itu mencari kanak-kanak yang berbakat pada usia sembilan hingga lima belas tahun untuk dinobatkan sebagai juara Junior Bake Off.

Pada musim ketujuh, salah seorang peserta yang sentiasa berjaya menarik perhatian orang ramai adalah adik Aisya Syahrul dari Manchester, United Kingdom. Meskipun telah tinggal di United Kingdom, gadis itu tidak pernah melupakan asal usulnya dan masih lagi berhubung dengan budaya dan adat di Malaysia.

Walaupun adik Aisya Syahrul sebelum ini sentiasa berjaya dalam segala cabaran untuk dinobatkan sebagai juara Junior Bake Off, hasilnya kali ini benar-benar mengagumkan para juri; Liam Charles dan Reveneet Gill apabila dia menghasilkan sebuah kek yang kelihatan seperti hidangan satay. JUNIOR BAKE OFF

(Adik Aisya Syahrul, 12, kagumkan para juri di cabaran Dessert Imposters)

Adik Aisya Kagumkan Para Juri Dengan Kek Seakan Satay

Bagi episod sembilan dan cabaran Dessert Imposters, peserta ditugaskan untuk menyediakan hidangan pencuci mulut namun dari luar ia tidak kelihatan seperti mana-mana manisan.

Walaupun peserta lain berjaya kagumkan para juri, namun hasil kek Chicken Satay adik Aisya berjaya menarik tumpuan. Menghasilkan kek yang kelihatan seperti hidangan satay ayam yang telah dilengkapi bersama kuah kacang dan hirisan timun, para juri amat kagum dengan kreativiti gadis itu.

Merupakan doh biskut yang dibentukkan untuk kelihatan seperti satay ayam, kuah satay itu pula sebenarnya adalah sos karamel yang telah dihiaskan dengan sedikit kacang tanah. Bukan sahaja cantik, malah para juri sangat kagum dengan rasa kek tersebut.JUNIOR BAKE OFF

(Hasil adik Aisya Syahrul di challenge Dessert Imposters)

Bila dicuba, para juri mendapati kek itu seimbang dari segi rasa, lembut, gebu dan sangat enak. Malah, kek itu berjaya melayakkan adik Aisya ke finalist serta mendapat gelaran Star Baker buat episod tersebut.

Siapa sangka gadis yang baru sahaja berusia dua belas tahun mampu menghasilkan kek sebegitu rupa, kan? Sudah tentu bakat adik Aisya Syahrul ini sangat luar biasa dan telah mampu mengharumkan nama Malaysia. Semoga adik Aisya Syahrul berjaya dinobatkan sebagai juara Junior Bake Off.

Kredit: British Bake Off (Twitter)

Baca Juga: Selepas 27 Tahun Raih Populariti, Chef Selebriti Terkenal Bobby Flay Akhirnya Meninggalkan Saluran Food Network.

tags: