Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hasrat Lelaki Ini Ingin Tunjuk Robot Hantar Makanan Kepada Anak & Isteri Tak Kesampaian Gara-Gara..

Hasrat Lelaki Ini Ingin Tunjuk Robot Hantar Makanan Kepada Anak & Isteri Tak Kesampaian Gara-Gara..

Kategori:
robot hantar makanan tak kesampaian

Zaman semakin maju, bukan sahaja banyak bangunan dan rumah-rumah mewah yang dibangunkan. Namun pelbagai jenis barangan, kereta dan peralatan canggih dan berteknologi tinggi dicipta oleh manusia yang bijak.

Dari peralatan rumah, dapur, pejabat hinggalah kepada restoran, terdapat pelbagai macam alatan yang sungguh mengujakan. Salah satu peralatan yang cukup popular di restoran adalah robot penghantar makanan.

Robot ini dicipta adalah menggantikan setiap urusan penghantar makanan dengan menghantar makanan yang dipesan ke meja pelanggan. Robot ini sudah bertahun diciptakan dan sejak kebelakangan ini ia banyak digunakan oleh restoran.

Bukan sahaja restoran mewah yang menggunakan khidmat robot ini namun ada juga restoran biasa lain yang turut menggunakannya.

Nak tunjuk robot hantar makanan kepada anak dan isteri tak menjadi gara-gara..

Berkenaan dengan robot ini, ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Rafiuddin Syahir sempat berkongsi sebuah video. Pada mulanya, Rafiudin telah membawa anak dan isteri ke sebuah restoran yang menyediakan khidmat robot untuk menghantar makanan.

Namun niat dan hasrat lelaki ini yang ingin menunjukkan robot hantar makanan kepada anak dan isterinya tidak menjadi gara-gara makanan yang dibawa oleh robot itu terbalik dan tumpah.

Kelihatan 2 gelas air yang dibawa oleh robot berkenaan tumpah gara-gara ada seorang lelaki di restoran berkenaan terlanggarnya. Makanan dan minuman yang baru sahaja diletakkan oleh pembantu wanita restoran tersebut akhirnya tidak sampai kepada pemiliknya.

Ekoran berlakunya penumpahan tersebut, kelihatan pembantu wanita berkenaan mengemaskannya kembali namun lelaki yang melanggarnya tadi berlalu pergi. Mungkin sudah membuat permohonan maaf.

@rafiuddinsyahir #LapaqLewatMalam#NasikKandaq🔛@sitimardhiahismail @mrcyntx ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Bukan ke robot tu ada bunyi-bunyi lagu..

Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada penonton video berkenaan yang meninggalkan komen menyatakan, bukan ke robot tu ada bunyi-bunyi lagu kalau tengah buat kerja. Ada juga yang menulis, robot ini tidak efficient di Malaysia.

Robot tu tak update untuk mengelak lagi..

Tidak kurang juga ada yang berseloroh, robot berkenaan terkejut dan robot tersebut tidak dikemaskini untuk mengelak. Ada juga yang menyarankan, robot tersebut perlu ditukarkan bunyi kepada “excuse me”.

Betul juga ya apa yang disarankan oleh warga TikTok ini, ia bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu robot berkenaan ingin hantar makanan.

Mungkin video ini sebagai perkongsian sahaja dan janganlah korang semua mengecam lelaki yang melanggar robot tersebut. Mungkin dia tidak perasan robot tersebut berada di depannya.

Namun tidak wajar jika dia pergi begitu sahaja, sepatutnya lelaki berkenaan bantu dahulu namun mungkin juga dia panik jadi dia bertindak untuk pergi begitu sahaja.

Sumber: TikTok Rafiuddin Syahir

Baca juga: Perniagaan Daging Anjing Berkembang Pesat, Kira-Kira 7 Peratus Penduduk Indonesia Makan Daging Haiwan Ini

 

tags: |