Demi mencari rezeki sampingan bagi melakukan persiapan untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi, ramai yang cuba meniaga di Bazar Ramadan berhampiran.
Walaupun penat dan pendapatan yang datang tidak menentu, ia terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan. Malah, ada juga segelintir anak-anak kecil yang turut membantu ibu bapa di gerai bagi meringankan beban mereka. Sangat rajin, rasa kagum pula melihat mereka.
Mengunjungi sebuah Bazar Ramadan di Shah Alam selepas waktu berbuka puasa, seorang lelaki terserempak dengan seorang adik kecil yang sedang sibuk menyediakan makanan untuk pelanggan.
Walaupun masih lagi kecil, nampaknya dia sudah begitu mahir sekali berada di dapur dan memasak. Tambahan pula, dia sangat rajin berniaga demi membantu keluarga untuk mencari rezeki.
Melihatnya begitu hebat memasak dengan api yang sangat membara, orang ramai turut tertarik melihatnya.
@manxx02 Cuba hampa teka kat mna ❤️🔥#tiktokmalaysia #fyp #tiktoklawakmalaysia
@manxx02 Cuba hampa teka kat mna ❤️🔥#tiktokmalaysia #fyp #tiktoklawakmalaysia ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dimuat naik di laman TikTok, orang ramai turut terpegun melihat adik itu. Hebat masak dan sangat rajin, jelas dia tidak seperti kanak-kanak lain yang lebih suka bermain. Masa yang ada dimanfaatkan demi membantu keluarga mencari rezeki.
Di usia yang kecil, adik ini mempunyai skill yang sangat hebat dalam bidang memasak. Selain itu, bakat itu digunakan untuk membantu keluarga berniaga demi mencari rezeki buat keluarga. Tidak seperti kanak-kanak yang lain, kegigihan dan kerajinannya sangat dikagumi dan boleh menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kredit: manxx02
Baca Juga: “Macam Tak Percaya..”, Peniaga Kecil Jual Kuih Dengan Harga ‘Runtuh’, Wanita Ini Sampai Terkejut