Jika berkunjung ke kedai makan dan restoran untuk menikmati makanan di situ, pasti antara hal yang menganggu ketenteraman kita ketika sedang menjamu selera adalah menghidu asap rokok. Ini kerana, ada segelintir pelanggan masih berkeras kepala mahu menghisap rokok di dalam kedai makan tersebut dan bukan di ruang khas merokok ataupun di luar premis.
Bagi isu ini, harus diingatkan bahawa tindakan merokok di kedai makan boleh menyebabkan seseorang dikenakan kompaun di bawah akta dan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Seperti sebuah video yang tular semalam di laman TikTok, sekumpulan pelanggan di sebuah kedai makan terpaksa berhadapan dengan situasi pelanggan yang merokok di premis. Ia meyebabkan ketikdakselesaan ketika menikmati makanan apabila turut terhidu asap rokok yang dihembus pelanggan terbabit.
Lalu, mereka mengambil keputusan untuk menutup hidung mereka menggunakan pelitup muka ketika sedang makan.
“POV, bila kau nak makan tapi meja sebelah smoking,” kata pemilik video berkenaan bernama Emylia Balqis tentang hembus asap rokok dalam kedai makan terbabit.
Kehendak merokok terserah kepada individu terbabit, tetapi haruslah melihat kawasan sekeliling jika ingin merokok. Misalnya, kawasan di dalam kedai makan atau restoran sememangnya tidak patut dijadikan lokasi merokok kerana ramai orang awam lebih-lebih lagi bayi dan kanak-kanak kecil turut berada di sana.
Untuk info, Dasar Generasi Penamat (GEG) dan Rang Undang-Undang (RUU) sedang masih dibincangkan oleh negara dan sudah melalui proses Jawanatankuasa Pilihanraya Parliemen (JPK).
Pada 27 Julali lalu, negara membincangkan tentang RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama dalam Dewan Rakyat.
Namun, pada 2 Ogos, Dewan Rakyat bersetuju RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen. Ini kerana untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.
RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Jan 2007.
Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok. Ia termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2017.
@milliyooooot♬ original sound – cintaHati❤
Melihat ruangan komen, ada juga netizen berkongsi ketidakselesaan yang sama apabila berhadapan dengan situasi menghidu asap rokok di kedai makan.
“Benda paling tak suka, kita nak makan ada orang merokok,” kata Layla Rahman.
“Ambil gambar dan boleh report sis,” komen netizen lain bernama Maryam tentang hembus asap rokok di kedai makan.
“Sound je terus, saya hari tu pergi terus dekat meja dia. Peduli apa kita,” ujar netizen lain.
Semoga kita menjadi orang yang bertanggungjawab dan selalu melihat kepada situasi sekeliling dalam berbuat sesuatu yang mungkin akan memudaratkan orang lain. Mari jadi manusia yang bijak.
Sumber: Emylia Balqis