Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Dia Nak Beratur Juga..”, Ramai Terpaku Tengok Ketabahan Pelanggan Kieda Crepe Ini, Tiba-Tiba Rasa Sebak..

“Dia Nak Beratur Juga..”, Ramai Terpaku Tengok Ketabahan Pelanggan Kieda Crepe Ini, Tiba-Tiba Rasa Sebak..

Kategori:
ketabahan pelanggan Kieda Crepe

Sudah terang lagi bersuluh, ketabahan dan kegigihan orang dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU) memang sentiasa dilihat berkobar dan patut dipuji. Walaupun mereka mempunyai keterbatasan dalam mengerjakan kehidupan seharian, hal itu tidak menjadikan penghalang buat mereka untuk hidup seperti orang biasa.

“Dia Nak Beratur Juga..”, Ramai Terpaku Tengok Ketabahan Pelanggan Kieda Crepe Ini, Tiba-Tiba Rasa Sebak..

ketabahan pelanggan Kieda Crepe

Seperti sebuah video yang tular semalam tentang ketabahan seorang pelanggan Kieda Crepe yang terdiri dari golongan OKU, ia menarik perhatian ramai orang. Kekurangan diri tidak membataskan upayanya untuk beratur seperti orang lain.

Melalui video yang dikongsi oleh peniaga terkenal Kieda Crepe di laman TikToknya, dia menceritakan bagaimana dia terpaku melihat seorang pelanggannya yang sanggup beratur menggunakan tongkat walaupun sudah disuruhnya untuk tidak beratur dan terus ke ruang membeli.

“Kieda panggil naik dulu pun tetap dia tak mahu. Dia nak beratur juga. Tahniah sebab menjadi manusia yang tak mengharapkan simpati orang. Tahniah sebab menjadi manusia yang selalu berusaha walaupun diri tak sempurna macam orang lain. Im speecheless,” katanya di video ketabahan pelanggan Kieda Crepe itu.

Tahniah Sebab Jadi Manusia Selalu Usaha

ketabahan pelanggan Kieda Crepe

https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7153160568096951578?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@kiedacrepe Tahniah sebab menjadi manusia yang tak mengharap simpati org. Tahniah sebab jadi manusia yang selalu berusaha walaupun diri tak sempurna mcm org lain, im speechless 🥲😢 @kiedaamy #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang #fypage ♬ suara asli – Positive Vibes Lesti kejora

Meninjau ruangan komen, ramai yang turut terpegun dan terharu melihat semangat pelanggan terbabit. Dia telah menunjukkan bahawa dalam menghadapi hari-hari mendatang, jika semangat dan usaha ditanam dalam diri pasti apa jua keadaan dapat tempuh dengan bai, setidaknya.

“Saya menangis tengok muka abang ni. Dia punya happy dapat naik pi kedai Kieda dengan usaha sendiri beratur tanpa ehsan orang lain,” kata netizen bernama Mira Nabila.

“Dia tak rasa dia ada kekurangan, kuat semangat,” tulis netizen bernama Asmahrami memberi komen tentang ketabahan pelanggan Kieda Crepe.

“Bila kita layan mereka seperti insan sempurna, mereka sangat happy walaupun kekurangan membataskan,” ujar netizen lain.

Abang Ni Banyak Ajar Kita Sesuatu

ketabahan pelanggan Kieda Crepe

Melalui kisah ketabahan pelanggan Kieda Crepe ini, kita boleh mengambil pengajaran untuk sentiasalah menanamkan sifat empati di dalam diri. Jika melihat seseorang yang memerlukan pertolongan, jangan segan silu untuk bertanya dan menghulurkan bantuan.

Tanya terlebih dahulu, dan pada akhirnya, ia terserah kepada tuan badan untuk menerima atau tidak. Semoga pelanggan tersebut sentiasa sihat dan tabah dalam mengharungi hari-hari mendatang.

Sumber: Kieda Crepe

Baca juga: Abang Rider Jual Semua Makanan RM1, Ramai Tak Sangka & Anggap Peniaga Ini Berniaga Sambil Sedekah

tags: | |