Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hidangan Diet Yang Sihat & Mengenyangkan. Ini Dia Resipi Sup Tauhu Telur, Buat Cara Ni Barulah Tauhu Tak Hancur

Hidangan Diet Yang Sihat & Mengenyangkan. Ini Dia Resipi Sup Tauhu Telur, Buat Cara Ni Barulah Tauhu Tak Hancur

Kategori: ,,
sup tauhu telur

Bila nak masak tauhu telur, mestilah ada teknik dan tip yang harus diikut supaya tauhu tidak hancur semasa memasaknya.

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi resipi hidangan diet yang sihat dan lazat! Resipi Sup Tauhu Telur ini dikongsi oleh Shahlizawati di media sosial dan ia mendapat perhatian ramai.

Sememangnya resipi sup tauhu telur ini sesuai buat sesiapa yang tengah amalkan diet dan menjaga pemakanan yang sihat.

Hidangan Diet Yang Sihat & Mengenyangkan. Ini Dia Resipi Sup Tauhu Telur, Buat Cara Ni Barulah Tauhu Tak Hancur

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul tauhu telur – potong ikut suka
  • Sedikit tepung jagung, jangan bancuh air. Biar kering (untuk sadur tauhu).
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 4 ulas bawang putih – ketuk & cincang
  • 2 hiris halia – cincang
  • 4 biji cili padi – ketuk
  • 1 biji telur
  • isi ayam sedikit
  • 1 sudu kecil Maggi cukup rasa. sup tauhu telur

Cara Penyediaan:

  1. Golek-golek tauhu yang dah dipotong dalam tepung jagung.
  2. Goreng sekejap dan angkat.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Masukkan isi ayam dan cili padi.
  5. Bila air ayam dah kering, masukkan air. Dah gelegak pecahkan telur dan kocak-kocak. Curah dalam kuah untuk bagi pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa kegemaran.
  7. Siap untuk dihidang. sup tauhu telur

Untuk perencah, boleh ikut suka je tau. Kalau ada udang/sotong lagi manis je kuahnya. Semasa menumis boleh letak sos tiram sesudu kalau suka.

Boleh pelbagaikan dengan sayur seperti lobak merah, brokoli, pak choy, baby corn, tomato atau cendawasn shitake pun sedap.

Sumber: Shahlizawati Rahman Shah

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ayam Goreng Mentega Cara Simple Tapi Sedap, Rasa Creamy Yang Memuaskan!

tags: | |