Nak masak lak ikan hari ni? Anda boleh cuba hidangan ikan bengkak ni lagi-lagi kalau anda jenis penggemar petai jeruk dan sambal belacan mesti lagi padu. Dengar-dengar ikan bengkak ni memang lagi sedap kalau makan dengan 2 makanan tersebut. Namun, kali ni pekongsi memasak hidangan ini dengan telur masak sambal bali.
Ikan bengkak makan dengan nasi putih memang sedap masa panas. Hidangan ini sebenarnya sangat digemari di Kelantan terutamanya di Tumpat. Kebiasaanya ia dipanggil ikan bekok. Masakan ini sesuai dengan sayur lemak. Dengan rasa masinnya yang buatkan kita berselera. Walaupun rasanya masin, ia bukanlah dikategorikan ikan masin.
Resepi Ikan Bengkak
Bahan-bahan:
- 1 kg/ 4 ekor ikan gelama
- 1/2 cawan garam kasar
Bahan-bahan sampingan:
- 1 labu bawang besar holland
- 1 labu bawang merah besar
- 1 biji lada hijau
- 2 – 3 biji cili padi (Semua bahan dipotong nipis)
- 1 biji limau nipis
Cara Masak
- Ikan gelama dibelah belakang dan cuci bersih. Toskan sekejap.
- Lumur garam kasar hingga rata pada kesemua ikan. Kalau cuaca panas boleh jemur sekejap hingga kering air ikan.
- Dah siap lumur garam pada ikan masukkan ikan dalam bekas bertutup. Perap semalaman.
Cara Goreng Ikan Bengkak
- Bilas ikan sekejap dengan air untuk hilangkan rasa masin.
- Panaskan minyak terendam dalam kuali. Minyak mesti betul-betul panas dan baru masukkan ikan.
- Bila ikan dan nmpak garing, angkat dan letakkan dalam pinggan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama goreng bahan-bahan sampingan hingga nampak lembut.
- Angkat bahan goreng dan taburkan atas ikan bengkak tadi. Perah asam limau nipis semasa makan.
Memang tak akan rugi kalau dapat cuba. Sesiapa yang gemar masin-masin boleh cuba resepi ini. Cara masaknya juga mudah, senang untuk ibu-ibu atau para isteri untuk masak kalau mahu cepat. Selamat mencuba.
Kredit: Rozmaliza Omar
Baca Juga: Resepi Ikan Jenahak Masak Kengsom. Dilengkapi Dengan Rasa Masam, Manis & Pedas. Tak Cukup Sepinggan!