Mi Laksa sememangnya hidangan yang unik dan jarang didapati di mana-mana. Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui cara membuat Mi Laksa yang sebenar dengan sambal yang lazat.
Perkongsian lelaki ini berkenaan Mi Laksa yang dimasaknya mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi gambar yang dilihat enak. Katanya, lagi sedap makan pakai tangan.
Jadi, jom kita ikuti resipi perkongsian Adnan Bin Mat Abu menerusi laman Facebooknya ini.
Hidangan Mi Laksa Dapat Sambutan Ramai, Lelaki Ini Kongsi Resipi Sebenar Mi Laksa Sedap. Confirm Menambah Bila Makan!
Bahan & Cara Penyediaan Kuah Mi Laksa:
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji bawang kecil
- seinci halia dihiris dan ditumis
- bila dah layu, masukkan 7 cawan air bersama 3 keping asam keping.
- Masak sehingga mendidih dan masukkan seekor ikan kembung pelaling dan sekilogram ketam.
- Renehkan hingga ketam dan ikan masak. Perasakan dengan garam. Siap!
Bahan & Cara Penyediaan Sambal Udang:
- 15 tangkai cili kering dikisar bersamma sebiji bawang besar.
- Tumis hingga naik minyak. Masukkan 2 sudu air asam jawa.
- Perasakan dengan gula dan garamm.
- Akhir sekali masukkan udang kecil. Masak hingga pecah minyak.
Bahan & Cara Penyediaan Sambal Kicap:
- Kacang panjang, lobak masin dipotong kecil.
- Tumis 2 ulas bawang putih.
- Masukkan kacang panjang dan lobak masin serta udang kecil.
- Bila dah layu, masukkan kicap lemak manis secukupnya. Siap!
Letak daun sup dan daun bawang untuk ditabur dalam kuah.
Siap! Inilah Mi Laksa Ikan Sekor, Udang Sekor dan Ketam Sekor!
Sangat menyelerakan dan unik kan. Satu resipi dapat banyak lauk buat makan dengan Laksa Mi ni. Aduh Sedap! Boleh makan dengan tangan untuk rasai kenikmatannya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua penikmat makanan. Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Adnan Bin Mat Abu
Baca juga: Nasi Lemak Akka Terima Banyak Sambutan Sampai Beratur Panjang, Peniaga Perkenal Sambal Luar Biasa Sedap!