Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Seharian Berpuasa? Hilangkan Haus Dengan Mencuba Resepi Cha Bang Ang Ini

Seharian Berpuasa? Hilangkan Haus Dengan Mencuba Resepi Cha Bang Ang Ini

Kategori: ,
cha bang ang

Thailand dikenali sebagai syurga makanan. Dengan pelbagai hidangan menarik dan sedap untuk dicuba, ia sentiasa menjadi destinasi pilihan bagi para foodie. Selain itu, manisan serta minumannya perlu dicuba untuk menghilangkan haus.

Memandangkan sekarang bulan puasa, terdapat beberapa resepi minuman Thailand yang anda boleh cuba di rumah. Tak perlu pun ke Thailand, resepi Cha Bang Ang yang dikongsikan ini teramat mudah dan ringkas sahaja untuk disediakan oleh semua.

Resepi Cha Bang Ang Untuk Hilangkan Haus Di Bulan Puasa

Bahan-bahan

  • 300gram cincau manis (dipotong kiub kasar)
  • 200gram gula perang
  • 250gram air ditapis
  • 10gram atau 1 sudu biji selasih
  • 250gram air panas
  • 400ml susu segar full cream
  • 400ml atau 1 tin susu cair
  • 5 sudu susu pekat manis
  • Secubit garam halus
  • 1 sudu teh esen vanilla (gunakan yang ini untuk rasa yang lebih sedap)
  • 500 gram ais kiub cha bang ang

Cara Penyediaan

  1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut seluruhnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
  2. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
  3. Di dalam satu bekas, satukan semua bahan kecuali ais.
  4. Kacau rata semuanya dan sedia untuk dihidangkan.
  5. Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair atau tawar. cha bang ang cha bang ang cha bang ang

Memang teramat mudah sahaja untuk menyediakan Cha Bang Ang ini. Ringkas dan semestinya dapat menghilangkan haus anda ketika berpuasa. Hidangkan untuk seluruh keluarga, sudah tentu satu jug tak akan mencukupi.

Selamat mencuba!

Kredit: Wani Sukarno

Baca Juga: Resepi Khas Dari Seberang, Punch Honey Dew Yang Tampak Menggiurkan. Pastinya Sesuai Untuk Berbuka!

 

tags: | |