Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Hindari Sikap Pembelian Panik Yang Langsung Tidak Membantu

Hindari Sikap Pembelian Panik Yang Langsung Tidak Membantu

Kategori: ,

Macam yang semua dah tahu, tak sampai seminggu. Kes positif COVID-19 dekat Malaysia dah naik mendadak. Setakat 16 Mac 2020, kita dah ada 553 kes positif menjadikan negara ni nombor SATU paling teruk di Asia Tenggara.

Semalam, Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Dan sejak utusan tersebut dikeluarkan ramai yang panik. Bahkan sebelum diberitahu lagi semuanya dah siap siaga pergi borong barang. Beli telur dan beras berkapit-kapit. Sampai penuh satu troli.

Mohon bertenang semua. Semuanya akan baik-baik sahaja andai kita mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib dengan betul.

Tahukah anda semua? Sikap pembelian panik anda sekarang tidak membantu langsung. Bahkan lebih mengeruhkan keadaan. Jadi hentikanlah pembelian panik.

Ikutilah langkah-langkah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut.

  • BELI HANYA PERLU
    Fikirkan juga tentang orang lain. Jangan terlalu panic sehingga semua barang nak di belinya. Jadilah pengguna yang prihatin
  • BEKALAN MAKANAN MASIH MENCUKUPI
    Bekalan bahan-bahan makanan, keperluan asas dan penjagaan kesihatan adalah mencukupi.
  • KEKAL BERTENANG DAN JANGAN PANIK
    Jangan dengar berita palsu dan jangan sebar berita palsu. Dapatkan maklumat daripada saluran yang betul.

Kami mohon agar semua rakyat Malaysia bersabar. Jalani lah Perintah Kawalan Pergerakkan ini dengan tenang. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.

tags: