Bila sebut Negeri Kelantan ini, mesti yang terlintas di dalam fikiran orang ramai adalah Budu, Petai dan gadis Kelantan yang comel-comel belaka. Dialek bahasa mereka juga lain dan mempunyai keunikan mereka tersendiri. Rugi kalau tak berkawan dengan orang Kelantan ni, mereka semua pandai berkawan dan paling laju menolong rakan-rakan mereka.
Celoteh gadis Kelantan ini mencuit hati netizen apabila beliau hirup budu guna straw sahaja, teman lelaki beliau agak tekanan. Namun, kerana cinta sanggup mencuba untuk beliau.
“Saya Orang Kelantan Pun Tak Buat Macam Tu” – Celoteh Gadis Kelantan Hirup Budu Guna Straw, Buat Teman Lelaki Stress & Cuba Untuk Jadi Sekufu
Shahbusy menghasilkan sebuah karya ‘content’ untuk pengikut beliau dan berjaya hasilkan satu sketsa yang kelakar mengenai gadis Kelantan. Beliau menunjukkan teman wanita di dalam video itu sedang hidup budu guna straw dan menunjukkan nikmat yang sedap.
Wanita itu juga siap tawarkan kepada teman lelakinya untuk minum sedikit untuk merasakan sendiri kelazatan budu tersebut. Namun, ditolak mentah-mentah oleh beliau.
Maka, peperangan tercetus apabila wanita tersebut mengaitkan perkahwinan mereka.
“You jangan nak babitkan perkahwinan kita dengan budu ni. I okay lagi you nak marah benda lain, tapi pasal kahwin. Nak libatkan dengan budu ni, I tak boleh tau!”, ujar lelaki tersebut.
“Betullah apa yang saya cakap tadi, awak tak sekufu dengan saya”, balas teman wanita beliau.
Namun, teman wanita beliau terus mengeluarkan ayat-ayat yang masih kelakar dengan mengatakan budu beliau ini tidak sejuk. Memerlukan ais untuk lagi sedap. Terus meminta seringgit dengan teman lelaki beliau dengan menyebut “siyal”, namun teman lelaki beliau salah faham.
Beliau salah faham kerana ingat teman wanita beliau sedang carut kepadanya.
Terus teman wanita beliau memberontak kerana boleh pula beliau salah faham benda yang paling ringkas.
Teman lelaki beliau memujuk dengan berkata,
“I minta maaf, I janji lepas ni I belajar minum budu sama-sama dengan you. And nanti bila kita ada anak-anak, I ajar anak-anak kita makan budu sekali okay”, pujuk teman lelaki beliau.
Namun, tiada balasan.
@shahbusy Girlfriend dari kelantan . Eps 1 tiktokdrama dramashahbusy
@shahbusy Girlfriend dari kelantan . Eps 1 #tiktokdrama #dramashahbusy ♬ original sound – shahbusy
Baru Tahu Orang Pantai Timur Minum Budu Macam Tu
Menerusi di ruangan komen, orang Kelantan sendiri terkejut kerana susah nak jumpa orang Kelantan minum dari botol seperti itu. Mahu naik darah tinggi kerana rasa masin yang sangat kuat.
Namun, ini hanyalah sekadar sketsa sahaja. Tidaklah perlu ambil perkara ini serius dan ia hanya sekadar gurauan sesama masyarakat. Mungkin, ada rakyat Kelantan yang minum budu seperti ini dan kami tabik respect.
Kredit: Shahbusy