Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Hisap Rokok Di Kedai Makan, Lelaki Ini Terus Kena Saman Dengan Pihak Berkuasa

Gara-Gara Hisap Rokok Di Kedai Makan, Lelaki Ini Terus Kena Saman Dengan Pihak Berkuasa

Kategori:
Hisap Rokok Di Kedai Makan

Tabiat merokok membawa padah bukan sahaja pada penghisap tapi juga pada mereka yang berada berhampiran dan bernafas asap itu.

Oleh itu, pihak berkuasa juga telah meletakkan larangan merokok di tempat awam seperti taman permainan dan restoran yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Meskipun dengan usaha tersebut, masih ramai di antara kita yang mengambil tidak endah dan merokok sesuka hati. Namun melanggar undang-undang tentu ada akibatnya.

Gara-Gara Hisap Rokok Di Kedai Makan, Lelaki Ini Terus Kena Saman Dengan Pihak Berkuasa

Terbaharu, seorang lelaki tuan_rayyan telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi satu kejadian yang telah berlaku di sebuah restoran.

Mengunjungi ke sana untuk makan dan minum, dia tidak sedar ada seorang pelanggan sepertinya juga yang sedang sakan menghisap rokok meskipun larangan merokok telah ditampal di sekitar restoran. Hisap Rokok Di Kedai Makan

Tak lama selepas itu, restoran tersebut menerima kunjungan dari beberapa pihak berkuasa dan pelanggan yang merokok itu dicekup dan diberikan kertas saman. Hisap Rokok Di Kedai Makan

Melihat perkara yang menimpa pelanggan itu, lelaki itu pun rasa insaf dan akan berjaga-jaga untuk tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

@tuan_rayyan terciduk matt 🙌 #tiktokberandafypシ #tiktokmalaysia #fypシ ♬ original sound – AIMANTAKKESAH _ RASMI

Meninjau di ruangan komen video tersebut yang telah tular di laman TikTok pula, orang ramai begitu berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak berwajib.

“Bagus. Tempat aku ni memang ramai sangat yang tak ada pelajaran.”, kata seorang pengguna.

Perokok Dikenakan, Ramai Sokong Tindakan Pihak Berkuasa Hisap Rokok Di Kedai Makan

Sebelum melakukan sesuatu perkara, pastikan anda fikirkan kesannya pada orang lain juga. Jika satu larangan telah dikeluarkan, seeloknya kita patuhinya untuk elak dikenakan sebarang tindakan.

Kredit: tuan_rayyan

Baca Juga: “Orang Nak Balik, Dia Sibuk..” – Dapat Isteri Yang Sanggup Teman Buat GrabFood Dalam Hujan, Rider Ini Syukur

tags: | |