Peminat Texas Chicken mesti tahu Honey Butter Biscuits ni. Memang wajib cuba kalau makan di Texas Chicken. Rupanya mudah je nak buat sendiri kat rumah, baru boleh makan puas-puas. Jom cuba resipi di bawah.
Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken
Bahan-bahan:
-
2 1/2 cawan tepung gandum*
-
4 sudu kecil baking powder*
-
Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)*
-
butter yang sejuk (115gm)*
- 140g fresh milk + cuka 2 sudu kecil (campurkan)
- Butter
- Madu
Cara-cara:
- Satukan semua bahan bertanda (*).

- Gaulkan semua bahan.

- Gaul sehingga menjadi breadcrumbs.

- Masukkan susu yang dah dicampur cuka tadi.

- Uli sehingga doh tak melekat dekat tangan.

- Bentukkan di loyang menggunakan sudu/scop atau bentukkan ikut suka.

- Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.

-
Lepas masak, sapukan cairan butter dan madu. Kemudian masukkan kembali dalam oven dan bakar selama 5 minit menggunakan suhu 190 C guna api atas sahaja.
- Siap dibakar, sapu butter sahaja untuk nampak lagi berkilat.

Kredit: Nurul Zatul Iffah Zamani