Restoran Mamak sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk berkumpul dan makan bersama tidak kira dengan rakan ataupun keluarga.
Seperti sebuah keluarga ini, mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pekerja Mamak oleh kerana keakraban anaknya dengan salah seorang pekerja Mamak yang mereka selalu kunjungi.
Seperti video yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi laman TikTok – baru-baru ini telah menyentuh hati netizen berkenaan kisah yang dikongsikan.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan memberitahu tentang keakraban anaknya yang rapat dengan seorang pekerja di kedai Mamak yang sering dikunjunginya,
Difahamkan, mereka sudah berkenalan selama hampir empat tahun dan pasti akan bertegur jika dia sekeluarga datang ke kedai berkenaan.
Namun, pekerja tersebut dikatakan sudah berpindah ke cawangan yang lain membuatkan anaknya tertanya-tanya keberadaan uncle mamak kegemarannya.
Selepas mendapat tahu cawangan kerja baharu uncle mamak tersebut, wanita dan suaminya itu membawa anak mereka pergi ke kedai berkenaan.
Anaknya dilihat teruja selepas sekian lama tidak berjumpa dengan uncle mamak tersebut.
Melihat kepada kisah ini, benarlah kasih sayang menyatukan kita semua walau berbeza bangsa dan warna kulit. Ia membuatkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik.
Sumber: moonlighflower7_
Baca juga: