Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Risau Anak Makan Makanan Proses, Ibu Ini Belajar Buat Nugget Ayam Homemade Yang Lebih Sihat & Selamat!

Risau Anak Makan Makanan Proses, Ibu Ini Belajar Buat Nugget Ayam Homemade Yang Lebih Sihat & Selamat!

Kategori:
NUGGET AYAM HOMEMADE

NUGGET AYAM HOMEMADEApabila anak asyik minta nak makan nugget ayam, maka terpaksa beli di pasaraya dalam kuantiti yang banyak. Tapi sebenarnya, ia tidak elok dimakan selalu kerana nugget yang dijual di pasaran adalah makanan yang diproses.

Oleh sebab itu, ibu ini kongsi cara membuat nugget ayam homamade sama macam di pasaraya namun lebih sihat dan selamat untuk anak-anak. Jom lihat perkongsian oleh Puan Rehana Nurul Amin di bawah.

Risau Anak Makan Makanan Proses, Ibu Ini Belajar Buat Nugget Ayam Homemade Yang Lebih Sihat & Selamat!

Bahan-bahan:

  • Ayam tanpa tulang
  • Bread crumbs
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Oregano
  • Black pepper
  • Tepung gandum

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan kecuali tepung gandum dalam pengisar.
  2. Bila sudah dikisar, masukkan pula tepung gandum. Adunan kena pekat, jangan berair.
  3. Bulat-bulatkan, kemudian golek ke atas tepung gandum.
  4. Kemudian golekkan pula atas telur.
  5. Seterusnya golekkan di atas bread crumbs.
  6. Kalau nak makan segera, boleh digoreng terus. Lebihannya boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku. Selamat mencuba!

Kredit: Rehana Nurul Amin

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Rahsia Pulut Kuning & Rendang Ayam Hasil Jualannya Yang ‘Laris’

tags: