Tidak dinafikan, anak-anak pada usia kecil memang tidak suka akan bau dan rasa ubat. Dan sebagai ibu bapa, kita pasti khawatir dan buntu mencari jalan untuk memberi mereka ubat ketika mereka sedang sakit.
Sebagai ibu bapa yang bertanggingjawb, ia adalah momen yang antaranya dirisaukan. Jadi, pelbagai cara perlu difikir untuk memberi anak-anak kecil supaya makan ubat. Biasanya, mereka menggunakan ubat bersifat cair, bukanlah pil ataupun tablet.
Menyebut tentang kisah ini, ada sebuah video yang tular di TikTok menceritakan bagaimana seorang ibu berjaya menggunakan helahnya supaya anaknya menelah ubat cair itu. Barangkali, ubat itu adalah ubat demam.
Melihat kepada video, ibu berkenaan menggunakan teknik penipuan dengan menggunakan kotak minuman Milo untuk mengaburi pandangan dan pemikiran anaknya. Helah dan trick yang dilakukan berjaya dan anaknya meminum ubat tersebut. Tetapi pada akhirnya, anaknya perasan akan rasa lain air milo tiruan tersebut.
“Susah sangat nak makan ubat, kan dah kena berbohong,” ujar ibu terbabit menceritakan kisah helah sebab anak susah nak makan ubat.
https://www.tiktok.com/@eimaa1/video/7176625596196244762?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@eimaa1susah sgt nk mkn ubt..kan dah kena bohong…♬ original sound – Haz_JR
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman sendiri sebagai ibu bapa atau sebagai anak yang mengalami peristiwa sama sepeti kisah ini.
“Sis salah buat. Patutnya tak payah potong habis sis potoong tepi and bawah je jangan potong sampai putus. Pastu letak lah ubat tu balik. Dah settle dia pun tak tahu,” kata seorang netizen bernama Amin memberi nasihat tentang bagaimana cara menggunting kotak minuman dengan betul.
“Masa aku kecil mak aku buat macam ni lah sekarang aku dah besar aku pulak buat nahhh air milo minum,” kongsi netizen lain dalam kisah ibu guna helah sebab anak susah nak makan ubat.
“Bukan setakat bekas ais krim, kotak air milo pun tak selamat dah sekarang,” ujar Hahaz.
Tahniah kepada ibu bapa yang punya macam-macam idea untuk kesihatan anak. Bagus juga helah macam ni kan untuk anak yang susah telan ubat. Ada yang punya pengalaman yang sama? Kantoi atau tidak?
Sumber: Eimaa