Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Menu Berpantang Frozen, Panaskan Je Bila Nak Makan, Senang!

Ibu Ini Kongsi Menu Berpantang Frozen, Panaskan Je Bila Nak Makan, Senang!

Kategori:
menu berpantang frozen

Waktu berpantang adalah waktu ibu berehat kerana wanita terlalu kehilangan banyak darah ketika bersalin. Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita adalah 40 hingga 55 hari.

Dalam tempoh ini, setiap ibu dan wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang kerana takut mengundang mudarat. Selain itu, makanan dan cara masakan pula harus dibuat mengikut ajaran betul.

Jadi, untuk ibu dan bakal ibu yang mahu berpantang, kami sediakan beberapa resepi dari Nor Azizan untuk memudahkan kerja suami isteri. Ya lah badan dan mental mesti penat kan masa tempoh berpantang ni? Senang je nanti. Masakan frozen tu boleh panaskan je. Jom baca menu berpantang frozen ini!

Ibu Ini Kongsi Menu Berpantang Frozen, Panaskan Je Bila Nak Makan, Senang!

Resepi Air Asam

Bahan-Bahan:

  • Tomato diblend dengan air
  • Tomato dipotong dadu
  • Garam
  • Gula
  • Bawang besar hiris-hiris dadu
  • Belacan kalau suka (saya tak letak)
  • Asam jawa sikit bagi masam

Cara Penyediaan:

  1. Campur semua bahan, gaul sampaii sebati kemudian perasakan dengan garam dan gula untuk dapatkan rasa masam- manis. Masin sikit. Adjust ikut selera masing-masing. Siap!

Resepi Ayam Stim Halia

Bahan-Bahan

  • Bawang putih dicincang
  • Halis hiris
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Gaul kesemua bahan dengan ayam. Perap selama satu jam, kemudian sedia untuk masak cara stim. Siap!

Ayam Ungkep:

Bahan-Bahan

  • Bawang putih

  • Bawang merah
  • Halia
  • Kunyit
  • Ketumbar
  • Jintan

Cara Penyediaan:

  1. Kisar Semua Bahan Di Atas.
  2. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukkan juga ayam, garam dan serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Masak sehingga ayam empuk dan kering Siap!

Ayam Perap Madu:

Bahan-Bahan

  • Bawang putih ditumbuk
  • Halia ditumbuk
  • Serai ditumbuk
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Garam
  • Lada kering / dikisar

Cara Penyediaan:

  1. Gaul ayam dengan semua bahan di atas sehingga sebati.
  2. Biarkan chiller dalam dua hingga tiga hari supaya perapan menyerap pada ayam.
  3. Kemudian, baru pindahkan ke tempat beku.

menu berpantang frozen menu berpantang frozen menu berpantang frozen

Okay dah siap beberapa resepi untuk menu berpantang frozen. Selamat mencuba dan menikmati! Hati-hati ya berpantang! Jaga diri.

Sumber: Nor Azizan 

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Biasa Ala Thai Padu, Chef Kongsi Rahsia Sebenar Dalam Masakan!

tags: