Kalau anda mencari resipi yang mudah untuk dimasak, resipi donut comel ini sesuai untuk dicuba kerana hanya menggunakan 2 bahan.
Maklumlah, musim PKP ini anak-anak asyik lapar je kan? Sampai pening kepala ibu dibuatnya sebab anak-anak asyik nak makan.
Yang penting, anak-anak pun suka dapat makan hasil air tangan ibu. Jom lihat resipi di bawah hasil perkongsian oleh Elmo Worlds.
Resipi Donut Comel Guna 2 Bahan
Bahan-bahan:
- Yogurt asli 190g
- 1 cawan tepung naik sendiri
Cara-cara:
- Satukan tepung dan yogurt. Gaul sebati. Adunan ini sedikit lembik.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Potong hujung (bucu plastik).
- Panaskan minyak masak. Tekan adunan dalam piping bag dan gunting mengikut sukatan nak letak ke dalam minyak.
- Mula-mula adunan akan tenggelam, tapi biarkan nanti dia akan timbul.
- Masak sehingga keperangan, angkat dan toskan.
- Gaul dalam gula atau celup dalam coklat. Sedia untuk dimakan.
- Selamat mencuba!

Kredit: Elmo Worlds