Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mata Terjojol Tiada Tulang Kepala, Remuk Hati Seorang Ibu Apabila Bayinya Tiada Tempurung Sebab….

Mata Terjojol Tiada Tulang Kepala, Remuk Hati Seorang Ibu Apabila Bayinya Tiada Tempurung Sebab….

Kategori:
ibu mengandung sedih kerana kencing manis

Temujanji secara berkala dengan doktor adalah amat penting bagi ibu mengandung. Hal tersebut adalah bagi memantau tumbesaran bayi dalam perut. Termasuklah pemeriksaan risiko kencing manis dan kebiasaannya ibu hamil diminta minum secawan air gula. Memang ramai diantara kita yang berasa loya apabila minum cecair tersebut namun jangan pandang sebelah mata ye.

Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh soerang pakar perubatan ini mungkin boleh membuka mata anda. Menurut Dr Muhammad Izzat, beliau merasa berat hati selepas membuat pemeriksan CT Scan kepada salah seorang ibu yang hamil. Hal itu kerana apabila diperhatikan, rupa-rupanya tempurung kepala bayi berkenaan tidak terbentuk secara normal.

Lebih parah lagi apabila wanita terbabit juga tidak hadir untuk ujian air gula tanpa menyedari masalah diabetesnya sudah berada pada tahap yang membimbangkan.

Puas digodek…

Puas digodek-godek mesin scan
Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby
Patutla Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby
Baru saya faham kenapa Dr tersebut mohon second opinion.
Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.
Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti
Seakan-akan anencephaly ( baby tiada tempurung kepala )
Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti.
Semuanya bersependapat.

Ada kencing manis ke sebelum ni?

“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”
“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”
“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”
“Oh yang tu saya tak pergi”
Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.
“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”
“Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak normal. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”
Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir
“Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu”
Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan
“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan. Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal”
“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”
Check HbA1c = 13%
Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yg mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.
Ibu ini menangis kesal apabila mendengar apa yang diberitahu doktor. Apalagi yang boleh dibuat, nasi sudah menjadi bubur. Bayi yang menghadapi ‘anenchephaly’ ini kemungkinan tidak boleh hidup lama. Oleh yang demikian, Dr Izzat menerangkan kembali tentang kepentingan menjalani pemeriksaan air gula selain memulakan pengambilan vitamin asid folik 3 bulan sebelum mengandung.

Penting

  1. Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa
  2. kalau takda kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde. Ni pun jangan lupa
  3. Ibu yang ada masalah neural tube defect  seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan
  4. Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum
  5. Mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
  6. Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.

https://www.facebook.com/drmuhammadizzat/posts/10219675809469311?__cft__[0]=AZXDUkoIz6UEksdYghhXZazm7CkBb5AAWFe_ROPb5joH81D6mcnTeJN42WdBzo5DcOYdgl2es97kApVajBrhk_Uh_yZOvUoCm0hwRtoPe8sa8e85eG3SaBKT0k-4DY7LMa8&__tn__=%2CO%2CP-R

Sumber: Muhammad Izzat

tags: | |