Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Dah Besar Tetap Manja..”, Walaupun Dah Dewasa, Ibu Kucing Ini Tetap Tarik Anaknya Untuk Makan

“Dah Besar Tetap Manja..”, Walaupun Dah Dewasa, Ibu Kucing Ini Tetap Tarik Anaknya Untuk Makan

Kategori:
kucing heret anaknya makan

Walaupun haiwan merupakan makhluk yang tidak mempunyai akal tetapi mereka juga tetap mempunyai hati dan perasaan. Malah perasaan mereka ini boleh mengalahkan perasaan manusia. Seringkali kita mendengar dan melihat kisah haiwan yang memiliki anak cuba melindungi mereka dengan pelbagai cara.

Sehingga perkara tersebut mengundang orang ramai terharu melihat pengorbanan haiwan yang bergelar ibu malah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok juga berkongsikan situasi itu kepada umum.

Perkongsian tersebut adalah berkenaan dengan gelagat ibu kucing terhadap anaknya yang sudah dewasa. Ini jelas terbukti bahawa haiwan juga tidak mengenal usia anak untuk sayang akan anak-anaknya.

Video yang dikongsi oleh Strenjerr ini menunjukkan dimana ibu kucing Oren menarik anaknya yang sudah dewa untuk makan bersama-sama. Kekuatan ibu kucing tersebut menarik anaknya itu turut mendapat perhatian ramai sehingga menerima ribuan reaksi daripada warganet.

@strenjerroren selalu meresahkan ##catsoftiktok ##fypage ##xyzbca

♬ Bahasa Kalbu – T r i k🧕🏼

 

Kejadian tersebut dihujani dengan komen warganet yang mengatakan kasih ibu sepanjang masa dan ada juga komen-komen yang lucu.

Typical mak-mak asia…

Comelnya…

Emaknya rasa anaknya masih kecil…

tags: |