Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau…” Terima Emel Dari Peminat, Ibu Neelofa Masak & Hantar Sendiri Buat Bakal Ibu Ini.

“Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau…” Terima Emel Dari Peminat, Ibu Neelofa Masak & Hantar Sendiri Buat Bakal Ibu Ini.

Kategori:
NOOR KARTINI

Datin Noor Kartini Noor Mohamed, ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa sudah sering berkongsi pelbagai resepi dan video masakannya kepada peminat di Instagram beliau. Rata-rata peminat yang melihat video masakannya mesti teringin untuk merasai air tangannya.

Masak Dan Hantar Sendiri Nasi Goreng Daging Harimau Menangis Untuk Ibu Mengidam

Terbaharu, Datin Noor Kartini mendedahkan bahawa dia telah menerima satu emel dari seorang peminat yang mengandung dan mengidam untuk merasai nasi goreng daging harimau menangis dari air tangannya.

Melalui video yang dimuat naik di Instagram beliau, dia telah menelefon peminat tersebut untuk memberitahu bahawa dia akan memasak nasi goreng tersebut.

Kiriman istimewa untuk Aina 🤍

Harini aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty. Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung. Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina. Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina.

Syukur Alhamdulillah

Setelah siap memasak permintaan Aina, Datin Noor Kartini ada satu lagi kejutan buat bakal ibu itu. Tidak diberitahu, beliau sendiri pergi ke rumah Aina untuk menghantar nasi goreng daging harimau menangis.

Ketibaan Datin Noor Kartini yang tidak disangka-sangka memang menjadi satu kejutan buat Aina yang memang teruja dan gembira. Bukan sahaja dapat merasai air tangan mak Neelofa tapi juga dapat berjumpa dan bersua sekejap.

Peminat Lain Pun Rasa Terharu

Rata-rata peminat Datin Noor Kartini juga berasa terharu dengan video yang dikongsikan dan memuji tindakannya. Meskipun cuma peminat, dia tidak segan untuk menunaikan permintaan itu.

Semestinya sebagai seorang ibu, dia akan memahami perasaan orang atau ibu yang mengandung macam mana. Jadi tidak hairan mengapa Datin Noor Kartini ini tidak keberatan untuk menunaikan permintaan pengikutnya yang mengidam.

Kredit: noorkartini

Baca Juga:  “Pizza Hut Tak Panas..”, Warganet Keliru Tak Tahu Nak Marah Atau Ketawa Lihat Gelagat Pelik Pelanggan Ini!

tags: