Memang tidak dinafikan, anak sulung sentiasa berpewatakan hebat kerana harus menunjukkan kelakuan baik di hadapan adik-adik supaya dapat dicontohi oleh mereka. Anak sulung dan jiwa yang kental memang tidak boleh dipisahkan.
Menjadi anak sulung bukanlah satu hal yang mudah. Penghargaan dan pujian harus diiberi kepada mereka.
Seperti satu video yang tular di laman TikTok semalam, seorang ibu berkongsi bagaimana dia terharu melihat anak sulungnya yang mempunyai sifat penyayang walaupun masih dalam usia setahun jagung.
Menurutnya, penantian anak sulungnya untuk mendapat adik perempuan sememangnya boleh dilihat melalui keikhlasan dan kasih sayang yang dicurahkan kepasa adiknya itu.
“Selalu pi makan, kalau adik nangis dia cepat-cepat cuci tangan sebab mahu dukung adik dia. Penantian dia 11 tahun mahu adik perempuan,” ceritanya tentang kisah terharu tengok perangai anak sulung di sebuah kedai makan yang dikunjungi mereka.
Melihat kepada video berkenaan, memang dapat dilihat anak sulung kecil itu sememangnya hebat. Dia mempunyai sifat empati dan toleransi yang tinggi. Dari segi bahasa tubuhnya yang menyayangi adiknya, ia adalah hal yang tidak dapat diungkap oleh kata-kata.
https://www.tiktok.com/@lydiaezzad_26/video/7175893041062972699?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@lydiaezzad_26 #mysulung ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen dan orang ramai turut bangga dengan kelakuan anak sulung itu. Kata mereka, dalam masa yang sama, anak sulung itu telah meringankan beban ibu bapa dan hal itu harus diberi pujian. Dan, ada juga yang menceritakan pengalaman masing-masing sebagai anak sulung.
“Adik perempuan saya meninggal umur 32. Saya jaga dia gitu masa kami kecil. Bila saya lihat ni, kesedihan kembali. Kesakitan tak akan pergi,” kata seorang netizen berkongsi pengalaman dalam kisah perangai anak sulung tersebut.
“Allahu pandai abang dia. Semoga terus kekal utuh ikatan adik beradik ini buat selamanya. Amin,” doa seorang netizen lain dengan nama Iyra Mansor di ruangan komen video ibu terharu tengok perangai anak sulung itu.
“Dia bakal jadi lelaki dewesa yang bertanggungjawab dan penyayang,” kata Farah Ishak.
Semoga semua anak sulung di luar sana diberi kekuatan yang seadanya buat mereka. Terima kasih kerana menjadi yang menguatkan. Dan semoga anak-anak yang lain juga turut dipermudahkan kehidupan. Sebarkan kasih sayang, dunia pasti akan aman.
Sumber: Lydia Ezzad