Ikan merupakan sumber protein yang bagus dan tinggi dengan sumber lemak Omega-3, mineral, zat besi, vitamin D, dan sebagainya. Jadi, ianya sangat bagus untuk diamalkan dalam pemakanan harian anda.
Namun begitu, ramai diantara kita tidak terlalu gemar dengan ikan kerana baunya yang hanyir, terus hilang selera! Sebenarnya, tak susah pun nak hilangkan baunya. Dengan beberapa bahan sahaja dari dapur, bau hanyir pada ikan dapat hilang dan anda boleh lah masak pelbagai hidangan ikan yang sedap dan mudah. Nak tahu? Jom baca perkongsian ini.
Selepas sahaja anda bersihkan ikan, letakkan ikan itu di dalam bekas dan masukkan air. Letakkan sikit cuka ke dalam bekas dan biarkan ikan dalam rendaman dalam beberapa minit. Selepas itu, cuma bilaskan sahaja ikan itu dengan air bersih sampai hilang bau.
Seperti yang kita semua tahu, halia ini memang bagus untuk hilangkan toksin dalam badan kita. Tapi, halia juga mampu hilangkan bau dan toksin dalam badan ikan juga. Anda cuma perlu hiriskan halia itu halus-halus dan lumurkan pada ikan, biar dalam setengah jam dan bilas.
Tips ini memang selalu orang guna dan terbukti boleh hilangkan bau hanyir tahu. Anda boleh titiskan perahan limau nipis dalam rendaman air ikan. Selain itu, anda turut boleh lumurkan limau dan lemon itu pada ikan sampai bau hanyir itu hilang. Kalau nak tambah asam keping pun boleh.
Bahan yang wajib ada di rumah. Anda boleh campurkan garam ini dengan kunyit dan tepung jagung. Kemudian, lumurkan bahan-bahan itu pada ikan dan biarkan perapan itu dalam masa 20 ke 30 minit. Bilas sehingga bersih.
Anda tahu tak kenapa ikan berbau hanyir? Ianya disesbakan oleh trimethylamine oxide. Sebab itu disarankan untuk anda cuba mencuci ikan dengan susu sebab di dalam susu ada k-casein yang akan menghilangkan bau hanyir. Anda cuma perlu merendakan sahaja ikan di dalam susu selama beberapa minit.
Tak susah pun rupanya nak hilangkan bau hanyir pada ikan. Guna sahaja bahan-bahan dari dapur dah berkesan. Boleh lah masak lauk ikan hari-hari selepas ini.
Semoga membantu.
Kredit: Azizah Paste
Baca Juga: Ayam Bau Busuk? Amalkan Petua Ini Untuk Buangkan Dan Ayam Kekal Segar!