Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog Atas Permintaan Ramai, Wanita Ini Cuba & Ini Pendapatnya

IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog Atas Permintaan Ramai, Wanita Ini Cuba & Ini Pendapatnya

Kategori:
IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog

IKEA bukan sahaja terkenal kerana menjual pelbagai perabot rumah yang moden pada harga yang berpatutan tapi juga kerana aneka makanan yang boleh didapati.

Selain meatballs, baked salmon dan chicken lasagna, makanan ringan seperti hot dogs juga digemari. Kerana begitu hebat sambutan, IKEA juga memperkenalkan hot dog edisi terhad iaitu Charcoal Hot Dog pada tahun lepas.

Sosej dan bun yang serba hitam itu mendapat warna dari serbuk arang yang digunakan dan mendapat pelbagai reaksi dari pelanggan. Kali ini, IKEA kembalikannya dengan kelainan dan wanita ini mencuba dan kongsi pendapatnya di bawah.

IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog Atas Permintaan Ramai, Wanita Ini Cuba & Ini Pendapatnya

Bersiar di IKEA, dapodaaa teruja apabila melihat IKEA mengembalikan Charcoal Hot Dog yang pernah viral pada tahun lepas. IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog

Jika sebelum ini hot dog itu dihiasi hanya dengan sos keju dan tomato, kali ini pihak IKEA memberi kelainan dan setiap hot dog akan disajikan dengan daging ayam kisar chili corn carne.  IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog

Untuk ala carte, pelanggan boleh menikmatinya pada RM4.90 tapi untuk lebih berbaloi, wanita itu mendapatkannya secara kombo di mana RM1.40 extra hanya dikenakan. IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog

Setelah dicuba, wanita itu berpendapat bahawa hot dog itu tidaklah seperti sepedas yang dijangka. Selain warna, rasanya juga tidak begitu berbeza dari hot dog IKEA yang biasa. IKEA Kembalikan Charcoal Hot Dog

“Dia sama macam hot dog biasa je, dia cuma pelik bila esok pagi korang tengok mangkuk jamban.”, akhirnya dengan gurauan.

@dapodaaa Hotdog arang la hitam ni bukan hanguihhh 😂 Gi beli cepat! #IkeaMalaysia #MyFoodie #HotdogCharcoal #Hotdog #MakanLocal #Foodtiktok #Ikea ♬ Shut Down – BLACKPINK

Ada yang pernah cuba IKEA Charcoal Hot Dog ini? Apa pendapat anda? Kalau tak sempat tahun lepas, sekaranglah masanya!

Kredit: dapodaaa

Baca Juga: “Kenapa Sayang Suka Buat Abang Camni?” – Suami Luah Rasa Sedih Lepas Tengok Bekas Aiskrim Akibat Buatan Isteri

tags: | | | |