Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Iklan Kicap Jalen Tarik Perhatian Ramai, Gambar Kicap Makan Dengan Nasi Putih & Telur Mata Bangkit Nostalgia

Iklan Kicap Jalen Tarik Perhatian Ramai, Gambar Kicap Makan Dengan Nasi Putih & Telur Mata Bangkit Nostalgia

Kategori:
Kicap Jalen

Pemasaran atau dalam erti kata lain ‘marketing’ adalah perkara yang akan menentukan sesuatu produk berjaya dipasarkan di pasaran atau sebaliknya. Jika marketing sesebuah produk atau servis itu berjaya, kebarangkalian untuk ia terjual akan lebih tinggi.

Seperti marketing periklanan sebuah produk jenama tempatan Malaysia, Jalen Sdn. Bhd. yang memasarkan produk kicapnya di billboard jalan raya sememangnya memikat hati orang ramai.

Iklan Kicap Jalen Tarik Perhatian Ramai, Gambar Kicap Makan Dengan Nasi Putih & Telur Mata Bangkit NostalgiaKicap Jalen

Gambar Kicap Jalen yang dimakan bersama nasi putih panas dan telur mata sememangnya merupakan idea yang bernas dan bijak kerana kebanyakan rakyat Malaysia menjadi hidangan seperti itu sebagai hidangan yang tidak jemu selain daripada harga yang jimat dan senang disediakan.

Perkongsian seorang netizen bernama Ezreen  berkenaan pengiklanan Kicap Jalen itu menjadi perbualan hangat apabila ramai bersetuju dengan pendapatnya bahawa Kicap Jalen merupakan contoh iklan yang berjaya menarik perhatian orang ramai.

“Contoh iklan 10/10. Iklan kicap jenama Jalen ini bagi aku berjaya. Jalen buat simple je – Demo kicap makan dengan nasi putih berlaukkan telur goreng.

“Mesej lauk lain yang di belakang tu – “Boleh kalau nak ada lauk sardin atau lauk sambal, tapi kot mana pun kena bubuh kicap dulu baru enjin selera boleh start,” katanya dalam hantaran yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya. 

Tambahnya lagi, mesej penyampaian Kicap Jalen jelas dan mamou membangkitkan selera serta mengembalikan nostalgia.

“Kudos kepada creative team di belakang iklan ini”, tulisnya lagi.Kicap Jalen Kicap Jalen

Melihat kepada komen orang ramai, ramai yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Ezreen.

“Terbaik iklan, selalu nampak muka founder besar-besar dekat board iklan macam ni.”

“Simple tapi sampai.”

“Setiap kali tengok iklan ni, kecur woihh.”

Memang Kecur Tengok Iklan Kicap Jalen Ni – NetizenKicap Jalen

Min pun suka tengok iklan Kicap Jalen ni. Sememangnya menggamit memori dan buat kita lapar apabila melihat hidangan simple tapi menggoda ini.

Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi

Baca juga: Wanita Sanggup Ulang Alik Dari Perak Ke KL Dengan Motosikal Untuk Jual Sayur Kampung Demi Cari Rezeki Halal

tags: | |