Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Perlu Potong Baking Paper Dah. Ikut Cara Ni ‘Confirm’ Kek Tak Melekat, Keluar Cantik Je!

Tak Perlu Potong Baking Paper Dah. Ikut Cara Ni ‘Confirm’ Kek Tak Melekat, Keluar Cantik Je!

Kategori: ,
kek tak melekat

Setiap kali buat kek, benda paling malas nak buat adalah potong baking paper untuk dilapik pada loyang supaya kek tak melekat. Betul tak? Kalau baking paper tak ada, terpaksa lah tuangkan sahaja adunan, tapi hasilnya kek melekat dan hancur bila nak dikeluarkan.

Seorang wanita berkongsikan penyelesaiannya untuk mengelakkan kek melekat dan hancur jika tidak mahu menggunakan baking paper. Memang menjadi jika anda ikut cara ini! Selepas ini, tak perlu susah-susah dah nak potong baking paper. Ikuti perkongsian lengkap oleh Mimi Najwa di bawah.

Tak Perlu Potong Baking Paper Dah. Ikut Cara Ni ‘Confirm’ Kek Tak Melekat, Keluar Cantik Je!

Assalamualaikum, selamat tengahari semua… Tumpang post ya admin… Ini sye share resepi untuk buat parchment paste. Paste ni fungsi utk elakkan kek dari melekat pada baking tin.. InsyaAllah.. dah x perlu susah2 ptong baking paper tu lagi.. klau ade sesiapa nk cuba..silakan… Setakat sye guna, elok tiada masalah..kek keluar cantik je..

Resepi Parchment Paste

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan shortening
  • 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan menjadi paste smooth macam peanut butter.
  2. Simpan dalam bekas udara yang bersih. Simpan pada suhu bilik, elakkan tempat yang terlalu panas supaya paste tahan lama. Kalau ada bau tidak elok, boleh buang dan buat yang baharu.
  3. Cara menggunakannya, gunakan brush atau tangan untuk disapu pada loyang. Sapu lebih sikit pun tidak mengapa.
  4. Kaup paste guna sudu, untuk elakkan terkena air.

Kredit: Mimi Najwa

tags: