Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Tinggal 10 Minit Je Tapi Dah Keluar Kaki, Karipap Yang Dikongsi Individu Ini Buat Ramai Terhibur Namun Rupa-Rupanya..

Tinggal 10 Minit Je Tapi Dah Keluar Kaki, Karipap Yang Dikongsi Individu Ini Buat Ramai Terhibur Namun Rupa-Rupanya..

Kategori:
karipap dinasour

Karipap merupakan kuih yang paling popular dan digemari ramai. Sejak dari dahulu lagi kuih yang berinti ubi kentang atau ikan ini menjadi pilihan ramai. Selain dibeli dari luar yang sudah digoreng atau frozen, kuih ini juga boleh dibuat sendiri di rumah.

Namun tak ramai yang membuatnya sendiri memandangkan orang ramai lebih memilih untuk membeli dari luar sahaja. Kerana ianya lebih senang dan cepat. Tetapi ada juga yang suka membuatnya sendiri. Mungkin kerana mempunyai anak yang ramai, jadi lebih jimat dan enak jika dibuat sendiri sahaja.

Mengejutkan bila mana kuih tersebut..

Berkenaan dengan karipap ini, seorang individu yang dikenali dengan nama Ba Kal Jenazah ada membuat perkongsian mengenai kuih karipap di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Namun mengejutkan bila mana kuih tersebut tiba-tiba berubah kerana timbul kaki.

Baru sahaja ditinggalkan selama 10 minit namun ianya sudah berubah. Kelihatan seperti dinasour, mungkin anak-anaknya yang punya kerja. Siap kelihatan ada mata lagi.

Melihat gambar berkenaan, ramai warganet yang terhibur melihat postingan itu. Bukan itu sahaja ada juga yang menganggapnya ia merupakan satu kejadian yang comel dan kreatif.

Ala comelnya..

Bermacam-macam lagi komen menarik dari warganet antaranya ada yang menganggap ia adalah seperti tikus pada awalnya.

Kebetulan sis..

Rupa-rupanya apa yang dikongsikan oleh individu berkenaan adalah gambar yang diambil dari google. Hal tersebut dapat diketahui apabila ada warganet yang menjumpainya. Ekoran itu ada yang meminta gambar yang sudah digoreng.

Gambar google..

Walaubagaimanapun ia tetap menghiburkan hati ramai orang. Dalam postingan tersebut individu berkenaan juga tidak memaklumkan yang dia membuatnya. Jadi mungkin dia sekadar ingin berkongsi dan menghiburkan orang ramai.

Kredit: Ba Kal Jenazah Via MAHN

Baca juga: Biasa Dikejar Anjing, Gadis Ini Pula Dikejar Burung Gagak Disebabkan Bawa Karipap

tags: |