Pada post kali ini kami akan kongsikan respi Bubur Manis Ketan yang sangat sedap dan mudah. Bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa lah kentan ni kan? Kenta ni kalau kat Malaysia orang panggil pulut. Tetapi di Indonesia dipanggil kentan. Apa tunggu lagi, jom masak menu Indonesia ini.

Bubur Manis Ketan

Bahan-bahan

  • 100 g ketan putih (Pulut)
  • 100 g ketan hitam
  • Pandan
  • 800 Ml Air
  • 40 atau 50 g gula merah
  • Garam.

 

Cara-cara :

  1. Masukkan ketan putih dan ketan hitam kedalam yang sudah direndam dahulu kedalam periuk.
  2. Masakkan kentan dengan api yang kecil. Kemudian masukkan gula merah dan garam. Adukkan hingga sebati.
  3. Biarkan hingga masak. Kemudian sejukkan seketika.
  4.  Sementara itu campurkan santan, sedikit air dan garam dan adukkan sekata.
  5. Akhir sekali masukkan kentan dan santan dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video berikut :

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 139 times!)