Suka makan KFC.. Apa kata kita cuba buat sendiri ayam kentucky ala ala KFC. Rasa sama, nampak sama dan tetap sama. Bahan-bahannya juga ringkas dan padat sahaja. Jom ikuti kami dalam menyediakan resepi ayam kentucky ini.

Bahan diperlukan :

  • 1/2kg ayam dipotong – potong,
  • 2 siung bawang putih,
  • Kunyit dan jahe,
  • Sedikit ketumbar,
  • Garam, lada bubuk dan kaldu ayam bubuk secukupnya,
  • 250gram tepung terigu pro tinggi (saya pakai cakra kembar),
  • 4 sdm tepung tapioka,
  • 1 butir telur,
  • 1 sdt soda kue,
  • 500ml air es,
  • Garam, lada bubuk dan kaldu ayam bubuk secukupnya,

Cara membuat ayam kentucky:

  1. Haluskan bawang putih, kunyit, jahe dan ketumbar
  2. Masukkan garam dan tumbuk sehingga halus
  3. Sapukan bahan tumbukan tadi dan lada bubuk pada ayam
  4. Biarkan ayam yang telah dilumur bahan tadi selama 15 min
  5. Setelah itu, pecahkan telur ke dalam bekas ayam tadi
  6. Lumurkan sehingga rata
  7. Untuk bahagian tepung, campurkan tepung terigu dan tepung tapioka
  8. Masukkan garam dan lada bubuk, kacau sebati
  9. Didalam bekas yang lain campurkan serbuk penaik dan air
  10. Masukkan kesemua ayam kedalalam tepung dan gaul rata
  11. Kemudian celup ayam yang telah digaul tepung ke dalam air yang mengandungi serbuk penaik tadi
  12. Setelah itu masukkan kembali ayam ke dalam tepung dan gaul kembali sehingga rata
  13. Ayam siap untuk di goreng

Selama mencuba masakan ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2 times!)