Hai semua. Hari ini admin nak kongsikan satu resepi yang pastinya dapat membuka selera anda untuk makan tengahari mahupun makan malam anda iaitu Resepi Ayam Penyet.

Resepi ini tersangat mudah dan bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi.

 

Resepi Ayam Penyet

 

Resepi Ayam Penyet

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang Merah putih
  • kunyit
  • serai
  • jahe
  • Lengkuas
  • Merica
  • ketumbar
  • Garam
  • Chicken Powder (kaldu)
  • Santan
  • Air

Sambal :

  • Cabe
  • tomat
  • Terasi
  • Bawang putih
  • garam
  • Jeruk

Lalapan:

  • Timun
  • kemangi
  • Kobis
  • Tempe

Cara-cara Memasak:

  1. Blend bawang putih, bawang merah, ketumbar, jahe, blackpepper, dan merica. Kemudian masak dulu dan masukkan serai, garam, kunyit bubuk, kaldu ayam bubukĀ  dan lengkuas sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sedikit air, santan dan ayam. Tunggu sehingga ayam masak. Sisihkan seketika. Kemudian toskan.
  3. Sementara itu potong tempe dan celupkan kedalam bekas masakan ayam.
  4. Kemudian gorengkkan cabe, bawang putih, terasi dan tomat. Blend kan bersama garam, gula dan perahan limau nipis. Ketepikan dahulu.
  5. Kemudian gorengkan ayam dan tempe yang sudah ditoskan hingga masak.
  6. Kemudian penyet-penyet kan ayam yang sudah masak dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video berikut untuk langkah selanjutnya :

Kredit : Nikmatul Rosidah

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 39 times!)