Blendi Tewel, kalau di Malaysia ialah sayur nangka. Tapi cara masakannya berbeza, anda boleh cuba resepi oleh ibu nikmatul rosidah memasak blendi tewel. Siapa yang suka pedas mesti cuba resepi ini. Berikut adalah resepi blendi tewel,sayur nangka pedas masakan Jawa :

Bahan-bahan  :

  • Nangka muda
  • koro
  • Tempe
  • Cabe
  • Lengkuas
  • Bawang Merahdan Putih
  • Kaldu
  • kunyit
  • Daun Salam
  • Santan
  • Garam
  • Air

Cara masakan

  • Potong nangka halus kemudian rebus nangka disertakan dengan cabe dan daun salam
  • Selepas itu belah koro, blend bawang putih, cabe dan bawang merah
  • Kemudian tumis bahan blend tadi, tambah minyak sedikit jika airnya menyusut tumis sampai matang
  • Masukan sedikit serbuk kunyit dan cabe bubuk, serta gula, garam dan kaldu
  • Masukan pete, lengkuas dan tempe ke dalam rebusan nangka
  • Selepas itu masukan bumbu ke dalam rebusan, kasi sedikit kaldu bubuk
  • Seterusnya masukan koro dan akhir sekali santan aduk-aduk sehingga matang

Tonton video di bawah :

Kredit : Nikmatul Rosidah

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 16 times!)