Bila hari raya berkunjung tiba, semua ibu sentiasa mencari resepi yang patut dibuat untuk hidangan sekeluarga mereka. Oleh itu, di sini saya kongsikan resepi untuk membuat camiran lebaran yang enak dan sedap.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 200 gr tepung ketan,
  • 4 butir telur,
  • 4 sdm gula pasir,
  • 1 gelas air,
  • ½ sdt garam,
  • ½ sdt soda kuih,
  • pewarna makanan

Cara-cara membuat camiran lebaran

  1. Pecahkan telur dan masukkan soda kue
  2. Kacau sehingga sebati selama 5 min
  3. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati
  4. Ambik sedikit adunan dan letakkan ke dalam bekas berlainan
  5. Letakkan sedikit pewarna pada adunan yang diasingkan tadi
  6. Setelah itu, ambik adunan dan gulungkan ia sehingga panjang
  7. Campurkan kedua-dua adunan
  8. Dan bentuk satu garisan panjang berselang seli warna
  9. Gulungkan adunan berbentuk lingkaran
  10. Kemudian goreng adunan
  11. Hidangan siap untuk santapan anda

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk cara-cara penyediannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2 times!)